Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

23 January 2010

~ Menu Hari Ini ~

Hari ni aku n Ifah xde mende nak buat.. So Kitaorg masak.. Best2x... nyum..Nyum



22 January 2010

~ Pelangi III ~

Seringkali mengharapkan kegembiraan didalam jiwa..
Namun calar dan luka terus terlakar didalam hati..
Pedih sekali di jiwa setelah sekian lama menanti..
Namun tiada yang kunjung tiba..

Bertemankan kenangan dan kata-kata lampau..
Mampukah aku untuk membina semula denai perjalanan hidup yang baru..
Kerana denai-denai yang lama masih belum bertemu untuk menjadi suatu jalan kehidupan..
Sehingga kini tiadaku rasa sempurna didalam diri...

~ tO be ConTiNued ~
Mood - Bosan tahap gaban...
Cuaca - Gelap sebab malam
Minda - Cuba membenci dirinya..

~ Bila Ayam Berkokok Dan Bila Anjing Melolong ~

“Inna fii kholqissamaa wa tiwal ardhi wahtilaa fillaili wannahaari la aayati li ulil albab.” (QS Ali Imran, 3:190)
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.

Subahanallah hanya itu yang terungkap dibibirku ini. Malam-malam yangku lalui terlalu tenang untuk dikabarkan. Berkongsi sedikit pengalaman. Sepanjang aku duduk di Lorong Haji Kosnee Parit Jelutong ini bunyi yang kerapkali aku dengari dan kerap berbunyi adalah bunyi ayam berkokok. 

Dimasa-masa biasa ayam sentiasa berkokok. Malah bersahut-sahutan. Kadang-kadang jam baru menunjukkan jam 12 tghmalam pun ayam riang berkokok. Ada satu malam. 

aku terjaga dari tidur tersangatlah kuat bunyi ayam berkokok sehinggakan aku terjaga dari tido. Indahnya pagi itu. Terima kasih yer ayam. aku dapat merasai penghujung malam yang indah. Betapa aku teruja jugak la.. pukul 5 pagi ayam berkokok bersahut-sahutan... 

Dari kampung sini dan kedengaran sahutan ayam di kampung sebelah. Tapi dalam pukul 5.30pagi kampung kembali sunyi.

Bila aku dengar je ayam berkokok menyebabkan aku teringat kat Yong (mariam jamilah) . Waktu tu aku duduk melepak-lepak kat bilik besar blok B di kamsis PUO. Sambil2 tgh sembang2 tiba ada bunyi ayam. Terus je Yong tadah tangan baca doa. Waktu aku xtau le dgr ayam kokok kena baca doa. 

Aku tanya la.. Yong baca doa apa tu. Yong cakap kan dgr bunyi ayam berkokok. Aku terus gelak n cakap. " Yong , mana ada ayam kat kamsis ni.. bunyi ayam tu bunyi henset Shu" hehehhe.. lawak-lawak.... Sebalik cerita ni bukanlah aku nak kenakan yong tp nak ckp mmg kalau ayam berkokok ada doa dia. Sbb ayam berkokok dia nampak malaikat.

Apabila kamu mendengar ayam jago berkokok (di waktu malam), mintalah anugerah kepada Allah, sesungguhnya ia melihat Malaikat. Tapi apabila engkau mendengar keledai meringkik (di waktu malam), mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan, sesungguhnya ia melihat syaitan.”

Satu kisah pula tentang anjing. Rumah aku kat kuala kangsar ni rumah teres. Ditakdirkan kawasan umah aku ni mmg dekat dgn surau. Keluar je pintu belakang jalan sket le terus jumpa surau. Disebabkan itulah kawasan umah aku semuanya melayu. Nak dijadikan cerita setiap kali azan maghrib dan isyak pasti terdengar hanjen melolong-lolong. Lolongan yang terlalu mendayu-dayu.. 

Aku dengar pun seram giler beb.. bila waktu azan je aku mesti jadi batu. sbb aku takut dgr bunyi hanjen tu.. Mak kata hanjen tu nampak setan terbang-terbang.. aku pun bayanglah setan terbang2 lari naek atas bukit belakang umah di jerat cina..

Sampai di sini saje aku nak cerita... HAbes....

21 January 2010

~ Aku yang low profile ~

Wahahaha.. aku nak gelak.. Aku nak gelak...
Sape lah yang rajin bebeno nak promote aku dalam kelas ni.. Hahahaha...
Aku tahu kat PUO org panggil ak PIJAT...
Tapi xpayah ar nak promote nama PIJAT kat UTHM ni..
Kat sini org panggil aku Fiza...
Hahahhaa..

20 January 2010

~ Indah kain kehidupan ~

Corak warna-warna kegembiraan mula menghiasi kain kehidupan aku. Bercorakan kan benih bunga-bunga indah. Diselitkan warna-warna kedamaian. Berwarna-warni , indah sekali . Sekali pandang pasti terpikat. Berus lukisan terus menari-nari riang. Warna keriangan sudah kembali. Mengambarkan begitu gembiranya aku sekarang. Indah sekali warna keriangan itu. Sekali sekali terselit corak pokon baru bercambah. Owh adakah itu cambah dari corak bunga. Bilakah ia akan kembang mekar. Owh indah sekali.



~ Hehe.. Get back my bestfriend.. Hehehe.. Selagi anda belum terikat selagi itu aku masih mempunyai peluang..~

19 January 2010

~ Doa ku untuk Mu ~

Ya Allah, Sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu , dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu kelebihan-Mu, yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Kamu mengetahui bahawa perkara baik untukku pada agamaku, duniaku, aku kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku, dan elakkan dariku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.

Ya Allah seandainya ia milikku satukanlah hatiku dengan hatinya, rapatkan segala urusan diriku dengan urusannya. Seandainya dia Ya Allah bukan untukku jauhkan hati dan perasaan ini kepadanya Ya Allah, renggangkan segala urusan diriku dengan dirinya. Buangkan perasaan aku terhadap dirinya Ya Allah.. Amin...

~ Kain kehidupan ~

Anak-anak adalah kain putih dan kedua ibubapanyalah yang mencorakkannya. namun setelah anak-anak dewasa kain yang telah tercorak diserahkan kepada anak-anak untuk menyambung corak mengikut citarasa sendiri.

Ingin sekali aku bercerita tentang kain kehidupan aku. Kain putih kehidupan aku yang bercorak-corak mula melakari corak yang lebih abstrak. Kadang2 aku sediri tak paham dengan corak lukisan pada kain aku. Kadang-kadang ia ceria kadang menceritakan kesedihan. Adakalanya coraknya semakin garang. adakala juga coraknya semakin berani. Namun masih aku selitkan seni-seni halus didalam corak itu.


Mengapa.... ??? Entahlah.. ramai sudah yang telah bersama-sama mencorak kain kehidupan aku.. Keluarga aku... Guru2 ku. rakan-rakanku.. Pernah juga aku dicorakkan dengan warna-warna cinta.. Namun warna yang digunakan kian habis dan pudar. Adakah pemilihan warna yang aku gunakan tidak lagi sesuai dengan kain kehidupan aku. Corak-corak abstark aku mula di gandingkan dengan corak berbunga-bunga. begitulah hati aku betapa berbunga-bunganya hati aku.


Namun kini corak bunga musim luruh mula terlukis. Corak-corak dedaun nan gugur mula menghiasi kain kehidupan aku. Adakah selepas ini terlukisnya corak musim sejuk. bagaimana ya.. rupanya corak musim sejuk. owh sejuknya hati aku ini. corak kesedihan mula terlukis. setiap corak pasti dilukis dengan corak titisan air yang mengalir. warna-warna suram mula ku pilih.. owh bila agaknya stok warna keceriaan aku akan digunakan kembali.



Corak yang telah terlukis tidak akan dapat dipadam sampai bila-bila. hanya boleh menunggu warnanya pudar namun masih terkesan. Yang pasti aku akan mencorakkan kain aku sehabis baik untuk aku. biar xcantik dimata orang namum terkesan dihati mereka.

18 January 2010

~ Takdir ~

Jalan cerita setiap insan pastinya berbeza-beza. cuba fikirkan jika jalan cerita kehidupan kita adalah sama. Setiap saat dan ketika pastinya kita dapat membuat persediaan yang rapi. kita tahu pada beberapa haribulan tersebut kita akan jatuh tangga. Mungkin kita akan membuat persediaan keselamatan di tempat kejadian. ini boleh dipanggil sebagai kemalangan yang telah ditetapkan. kita juga akan tahu bila kita gembira dan bila kita sedih. bila kita sakit dan bila kita sihat. sampai mana kita hidup dan bila kita akan mati. pastinya dunia ini bergerak seperti mainan penguin yang bergerak2 naik tangga dan mengelongsor.. pehtu naek balik.. berulang dan terus berulang sehingga kita off mende tu ( mainan waktu aku kecik .. habis hati aku main mende tu). Andai begitu juga. Pastinya silibus di sekolah juga berubah. Anak2 kecil akan di ajar bagaimana cara untuk menghadapi kejadian yang akan terjadi.

Hakikat kehidupan bukanlah begitu. Kehidupan kita telah ditetapkan oleh ALLAh SWT dengan adanya Qadha & Qadar.

Pengertian Qadha dan Qadar Menurut bahasa Qadha memiliki beberapa pengertian yaitu: hukum, ketetapan,pemerintah, kehendak, pemberitahuan, penciptaan. Menurut istilah Islam, yang dimaksud dengan qadha adalah ketetapan Allah sejak zaman Azali sesuai dengan iradah-Nya tentang segala sesuatu yang berkenan dengan makhluk. Sedangkan Qadar arti qadar menurut bahasa adalah: kepastian, peraturan, ukuran. Adapun menurut Islam qadar perwujudan atau kenyataan ketetapan Allah terhadap semua makhluk dalam kadar dan berbentuk tertentu sesuai dengan iradah-Nya.

Mengenai hubungan antara qadha dan qadar dengan ikhtiar ini, para ulama berpendapat, bahwa takdir itu ada dua macam :

1.Takdir mua’llaq: yaitu takdir yang erat kaitannya dengan ikhtiar manusia. Contoh seorang siswa bercita-cita ingin menjadi insinyur pertanian. Untuk mencapai cita-citanya itu ia belajar dengan tekun. Akhirnya apa yang ia cita-citakan menjadi kenyataan. Ia menjadi insinyur pertanian. Dalam hal ini Allah berfirman:

Artinya: Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. ( Q.S Ar-Ra’d ayat 11)

2.Takdir mubram; yaitu takdir yang terjadi pada diri manusia dan tidak dapat diusahakan atau tidak dapat di tawar-tawar lagi oleh manusia. Contoh. Ada orang yang dilahirkan dengan mata sipit , atau dilahirkan dengan kulit hitam sedangkan ibu dan bapaknya kulit putih dan sebagainya.

Diatas adalah sedikit ilmu yang boleh dipelajari bersama. Namun jangan dijadikan takdir sebagai alasan untuk kita bermalas-malasan. Berkongsi sedikit tentang perangai aku dulu. bila aku baring aku sememangnye akan malas untuk bangun. maka dalam fikiran aku berfikir. hurm.. mmg dah ditakdirkan saat dan ketika ini aku sedang berbaring. Dan bila aku mengerakkan kaki aku.. Owh.. mmg dah takdir masa inilah kaki aku digerakkan. kadang2 aku rasa nak gelak dengan perangai dulu aku tu. Hahahaha...



~ Kecewa ~

Bila xde kelas jer.. ak mesti bersemangat bangun awal... Cuba xde kelas.. Apa ke payahnye nak bangun tidonyer.. Ni belom kul 8 lagi aku dah siap mandi semua dah... Hehehe.. mungkinkah kerana semalam... membuatkan aku terus bersemangat meneruskan hidup aku... Mungkin Ya... Mungkin Tidak...

Baiklah hari ini satu topik ingin aku buka kan... Iaitu... Kecewa... Anda pernah kecewa.... oh semestinya... Terlalu kecewa melihat result peperiksaankan.. hehehehe...

Sememangnya kita akan melalui perasaan itu.. Kecewa...

Bila kecewa perasaan mula bercampur baur.... Fikiran mula bercelaru... Tidak tahu apa itu rasional... Di dalam kes ini, terdapat segelintir orang ( hurm mcm xbest je ayat) yang tidak dapat berfikir dengan rasional sehingga melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal...

Di sini pentingnya pegangan agama... Selagi dan selama mana kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah.. Seharusnya... Seseorang itu tidak akan melakukan perkara2x yang tidak masuk akal... Antara kes2x yang berlaku adalah... memeras ugut.. membuat ugutan yang tidak munasabah.... memikirkan cubaan untuk membunuh.. sama ada membunuh diri mahupun diri sendiri.. Nauzubillah...

Ketika kita kecewa pastinya akan ada insan yang menghampiri untuk menenangkan kita.. Namun semua itu bagi aku la.. tidak akan membantu... So biarkan je lah.. yang kecewa itu menyelami kekecewaan beliau... cuba perlulah di pantau bukan dibiarkan.. kang mereng plak ( gilo la tu)..

Aku tak pasti apa rasanya kecewa bertahun-tahun... cukup2lah sehari dua... tak pun seminggu dua... Lebih2x xpayahlah.. bila mengenangkan perkara yang tiada ataupun tak dapat.. pastu menambah luka dihati.. So happy-happykan diri... untuk mengekalkan prestasi hidup ini...

Kerana yang pasti nya... Penghujung perjalanan anda bukanlah didunia ini... tetapi adalah di akhirat kelak.... Maka berusahalah untuk kesenangan dan kegembiraan di dunia dengan redha Illahi ... dan memastikan akan mendapat kebahagiaan di akhirat kelak.. Amin...

Maka topik hari ini di akhiri dengan Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

* Ehek mcm berpidato plak dah hahahahah *


~ Agak2 kome la kan.. dapat tak aku nak capai impian aku nak bukak konsultant kaunseling sendiri ehh.. ke aku pun tak terkaunseling ~

++ Cerita hati ++


Sesuatu perkara membuat anda bersedih...
Sedih.. of course mcm aku tgh sedih..
Kenapa yer...
Tapi takpe la... mcm xpernah je lalui semua ni..
Esok lusa hilang la sedihnyer kan...

Maaf wahai hati...
Kehendakmu tidak selalu dapat dituruti...

Maaf wahai hati...
Aku tidak dapat mengembirakan mu...

Maaf juga wahai hati...
Ketika bersedih ini aku tidak dapat mengembirakanmu dengan ayat-ayatNya...

Sabarlah wahai hati...
Nanti akan sembuh kembali...

Sabarlah wahai hati...
Esok lusa pasti akan ada yang akan mengembirakanmu...

Sabarlah juga wahai hati...
Nanti akan aku alunkan ayat-ayatNya untuk mengembirakanmu...

Gembiralah wahai hati...
Kerana kegembiraanmu telah ditetapkan cuma tidak tahu bila...

Gembiralah wahai hati...
Kerana masih ada peluang untuk kamu bergembira...

Gembiralah juga wahai hati...
Kerana aku diberi keupayaan untuk mengalunkan ayat-ayatNya...

Pasti kau akan gembira dan terus gembira...
Related Posts with Thumbnails