Suatu hari nanti aku akan lupa masa lapang ini,
Percayalah wahai aku,
Suatu hari nanti aku akan sentiasa mengeluh tentang kesibukan,
Percayalah wahai aku,
Suatu hari nanti bibirku akan sentiasa mengeluh,
Percayalah wahai aku,
Suatu hari nanti aku akan impiankan saat lapang ini,
Percayalah wahai aku,
Suatu hari nanti pergerakanku malas akibat kesibukan,
Percayalah wahai aku,
Suatu hari nanti jiwa aku akan meronta inginkan ketenangan,
Percayalah wahai aku,
Suatu hari nanti aku inginkan masa itu cepat berlalu,
Percayalah wahai aku,
Suatu hari nanti aku akan lupakan saat ini...
Jeruktimun
.:: Coretan yang tercoret untuk mengingatkan aku tentang H&P aku ketika ini. Masa sibuk itu akan tiba jua. Maka kenangkan masa lapangku dimasa ini. Kerana pasti suatu hari nanti aku bagai terlupa yang aku inginkan sibuk didalam diri ini dan aku juga akan melupakan yang aku pernah meminta lapang itu pergi ::.
0 Komen:
Post a Comment