Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

11 February 2010

~ Rintihan Hati ~

Ya Allah.. Merintih hati kecil aku bila mendengar orang bercerita tentang dia. Tipulah kalau aku perkatakan yang tidak terdetik langsung rindu di hati bila mendengar nama dia. Hati aku sangat sedih dan pedih. Namun masih tertahan air mata dek tertumpah ke pipi.. Menangis dan terus merintih didalam hati siapa yang tahu.. Emm.. Hidup perlu di teruskan..

Sejujurnya aku berkata YA.. aku masih rindukan dia. kenapa YA...?? Entahlah.. Biar hati yang berbicara sendiri.. Sudah tidak berkemampuan lagi hendak ku tahan agar hati tidak berbicara tentang dia.. Lagi ditahan lagi merintih pilu hatiku..

Biarlah..biarlah ku buang jauh segala kenangan dengan dia didalam lautan memori.. Walau ada ketikanya kenangan itu singgah sebentar dipesisir hatiku ini.. Emm.. Sangat puitis ayat aku.. Biarlah andai ini dapat mengubat segala luka dan duka di hati..

Seringkali aku cuba menyibukkan diri untuk melupakan dia.. Hurm.. sangat susah.. atau ia memang memerlukan masa yang panjang.. Kerana bukan mudah bertahun-tahun kenangan yang tercipta hendak di timbus sekali gus didalam satu lubang ingatan lalu ditimbus.. Pastinya ia akan di buang sedikit demi sedikit umpama menabur debu-debu keudara.. Selamat tinggal kenangan... Selamat tinggal semuanya..

Ya Allah tabahkanlah hati aku... Hati yang merintih dan terus merintih....

4 Komen:

fira ya hilwa said...

sedih bebenor bunyiknya..
tabahkan hati..sng je nk lupakan org, igt kejahatan dia pd kita. aku salu bt mcm tu, tu yg sng lupa dan ssh nk igt dh..hehe

Unknown said...

huk2x.. xde mende jahat yg dia buat kat aku.. terlalu baek.. waaa..waaaa.... xdpt nak lupa kan... mmg dia lain dr yg lain..

Anonymous said...

btul tu kata hafizah...

mmg sgt susah nak melepaskan dan lupakan org yg kita syg yg xpernah buat salah pada kita...

Unknown said...

Memang... terlalu sayang untuk dilepaskan.. tapi apa dayakan.. ia bukan milik kita... cubalah untuk melepaskan dia..

Related Posts with Thumbnails