Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

11 March 2010

~ Masa dan Waktu ~


Sudah lama rasanya aku tidak berfikir untuk menulis blog...
Jadi hari ini aku nak kongsi apa yang aku fikirkan...

Hari ini aku ada test Control... Kira bertungkus lumus jugaklah aku menjawap...
Pastu dah siap jawap masa tak habis lagi.. Aku terus menunggu.. Terasa sgt lama...

Tiba2 teringat game dulu2 waktu kem motivasi...

Pejamkan mata anda selama 2minit..
Tak kira apa cara pun pastikan lepas 2minit baru anda membuka mata...
Percaya atau tidak.. Tak sampai 2minit anda dah bukak mata...

Cuba buat sekrang.. Kira la sebanyak 120kali.. 1kali sama dengan 2detik.. taptap... sebab 2detik sama dengan 1saat...

Sekarang .. Cuba anda main facebook ke... Shopping ke.. nyembang ke.. selama 2 jam... apa yang anda rasa... Ish.. Cepatnya masa berlalu...

Kerana ini jugalah... Istilah penantian itu satu penyiksaan...

Seksa ke bang....???
Hahahaha.. Opkos...

Ketika menunggu ...
1 saat umpama 1 minit..
1 minit umpama 1 jam..
1 jam umpama 1 hari...
1 hari umapama setahun lamanya...

Cuba waktu tgh berpoya-poya... Hu...haa..hu..haaaa
Setahun umpama 1 hari...
1 hari umpama 1 jam...
1 jam umpama 1 minit..
1 minit umpama sesaat cepatnya....

Ish2x... Inilah yang terjadi kepada yang leka...

Kesimpulannya adalah...

" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholeh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran"
Al'Ashr:103

Didalam Al`Quran telah menyimpulkan segalanya....

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails