Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

28 August 2008

Bila Fizah Kembali berfikir dan berkata-kata




Sejak semenjak ni emosi aku seringkali terganggu

( mungkin kerana tidur aku yang sering terganggu boleh kira berapa jam aku tido dalam sehari )

Bila emosi aku terganggu aku kembali berfikir. Berfikir tentang hidup dan perjalanan hidup.


Aku rasa hidup aku kini lebih banyak kepada kepura-puraan.

Hidup rasa plastik.. Hahaha.. hati aku rasa nak gelak bila org pertikaikan tentang ukhwah...
Teramatlah mudah untuk menyatakan jagalah ukhwah.
Ukhwah
tu penting dalam perjalanan ini.
Tak perlu dipertikaikan memang pentingnya ukhwah itu.
Tapi apa g
una ukhwah tu kalau “mende” tu digunakan hanya diluaran.
Untuk memberikan gambaran kepada org lain yang ukhwah yang dah ada ni mantap.
Boleh gelak sama-sama (padahal entah apa mende tah digelakkan takde bawak makna).

Mana letaknya ukhwah kalau kita hanya menggunakan “mende” ni waktu kita nak menggunakan org tu untuk memudahkan kerja kita.
Mana letaknya ukhwah kalau dah baru letak kejap je barang kat tempat dia , paling2 je barang tu dah kena campak tempat lain.
Apa gunenye ukhw
ah kalau ‘mende’ tu guna just bila kita nak mintak megi dia. Apa mendenye ukhwah kalau hanya terasa sahabat tu jauh bila kita rimas dengan perbuatan dia.


Mamat : “Ko ada masalah ke..??"
Ali :
"Manede...takdele… ko jangan kaco…"
Mamat: "Eh mana boleh tak kaco dah kalo muka ko dah mcam kerang kena pijak je.. !!!"
Ali:"Ish .. tak paham bahase ke ko ni aku kata blah laaa…..!!!!!!!!!!!!"


Ada apa dengan ukhwah kalau mende tu digunakan pada masa tertentu je.
Ahh plastik….

Pada masa yang tertentu tu pun ukhwah ditunjukkan hanya kerana dipush2 oleh ‘uruhtia’ .
Menangis kerana sahabat tu bila ‘uruhtia’ c
akap


“TAKKAN NAK BIARKAN SAHABAT KITA TU MENAGEH SOWANG-SOWANG KAT DEPAN TU”



"Dey... I very sad now... Dey... i want to cry now.. Dey pujuk la I.. kata ukhwah....."


Disahut2 lah oleh ‘uruhtia’ yang lain

“HA`AH.. NI SAHABAT TAK GUNA NEH .. TENGOK SAHABAT TU NANGEH SOWANG2 KAT DEPAN TUW”


Maka berbondong-bondonglah sahabat len yang tengah dudok kat kerusi tu yang tah kepala otak dia kat mana tah . Dengan terpinga-pingala bangun..

“APA HAL KO NANGEH… OOO KO KENA MARAH.. NAK AKU JOIN KO NANGEH KE.. KANG KALO TAK NANGEH URUHTIA TU TAK PUEHATIE”


… Isk…isk….isk…… huwaaaaaaaaaaaaa…… melalak-lalak la semua sahabat kat depan tu.. Abeh air idung.. air mata semua kuar..

Sampai aku yang mmg tak boleh nak nangeh terpakse le tahan gelak sebab yang len semua pakat nangeh..( HAK…HAK…HAK…HAK.. aku gelak sekarang..)


Dengan rasa berbesar hati pun ‘uruhtia’ pun rasa dah menjadi dah modul ukhwah kita ney..

Nampak tak derang semua nangeh sama-sama…

ni la baru dikatakan ukhwah nangeh bila kena push..


Alamak lain harilah aku citer agie eh… Nak simpulkan pun dah tak larat jugak… ngantuk…


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails