Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

10 September 2008

++Aku++Kamu++Dia++Mereka++




Siapa insan ini..??
Inilah aku...
Kenapa mesti aku..??
Kerna aku.. Aku yang bernama Noor Hafizah Bt Abd Rahim



Mengapa mesti Hafizah..??

Hafizah adalah aku..

Bukanlah kebolehan untuk aku menerangkan siapa aku ini. Kerana yang melihat yang boleh menilai apa yang dilihat. Kerana mataku di kepalaku... Mataku tidak dapat melihat aku. Namun aku masih boleh melihat aku dengan mata hati aku. Walau aku tidak tahu tentang diri aku namun aku sedaya upaya memahami diri aku.

Kadang-kadang aku tak paham dengan diri aku sendiri. Aku mahukan segalanya sempurna namun aku tidak mampu membawa kesempurnaan dalam hidupku.

Aku terlalu rindukan ketenangan. Bukan niat aku meragut kebahagian namum sekeliling membawa aku kepada ketidak selesaan. Bila keselesaan aku diragut. Perasaan dan keinginan mula berubah.

Kerap kali aku ingin orang memahami diri aku. Namun tiada yang mampu memahami diri aku ini. Dan aku juga tidak mahu mencuba memahami diri orang lain.

Sudah terlalu penat aku rasa bagi diri aku untuk menjaga hati orang lain. Aku bukanlah seorang yang penyabar. Dan aku juga bukanlah orang yang suka memujuk. Kerana bagi aku pujuk la hati sendiri kerana hati sendiri yang lebih memahami diri sendiri.

Aku tak perlukan layanan yang manja lagi menjijikkan kalau itu terbit dari suatu kepura-puraan. Atau mungkin aku sendiri yang tidak dapat menilai yang mana pura-pura atau kebenaran.

Aku dah cakap aku bukan macam orang lain. Aku memang lain. Kalau aku boleh menerima apa yang berubah kenapa orang lain tak boleh.

Kadang-kadang aku bengang. Bengang sangat. Bila memikirkan orang yang tak pernah berpikir tentang orang lain. Bila hendak berbuat sesuatu kadang kala kita kena berapa pada situasi seseorang. Fikirkan kalau ini yang berlaku apa yang akan terjadi kepadanya.

Buat sesuatu perkara yang kita fikir apa akhirnya. Bukan hanya berpandangan dekat dan pendek. ...

Memang betul kita masih belajar. Namun disinilah kita diajar. Keadaan sekeliling dan orang sekeliling mengajar kita dan kita belajar.

P/s: Jangan risau untuk menulis sesuatu. Tulislah apa yang kau mahu. Salah atau benar itu adalah sampingan. Kerana bukan semua insan perfect. Kalau benar kongsi ramai2 dan kalau ada yang salah harap orang lain yang membaca untuk menegurnya. Kerana kadang2 bukan orang itu sengaja namun ia tidak tahu.






0 Komen:

Related Posts with Thumbnails