Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

04 September 2008

++Masihkah ada masa++

Kenapa apa asyik rasa aku ni sibuk ha...???
Padahal apa yang dah aku buat...
Kosong je hari-hari yang berlalu...
Apa aku dah buat pada agama aku..
p
ada bangsa aku.. pada negara aku...
Tak payah nak pikir besar-besar...
untuk diri sendiri
pun aku rasa macam aku tak buat apa-apa..

Kesian diri aku yang dahagakan pengisian kerohanian dan jasmani..
Aku rasa tiada ruang untuk aku..
Tapi kenapa orang lain ada...
Kenapa orang lain ada masa untuk membasuh baju..
hatta membasuh sudu sekalipun..

dan kenapa aku asyik merasakan apa
yang aku buat adalah membuang masa..

tapi itu keperluan..
Nak taknak kena buat jugak..





"Penat la.. Takde masa aku nak kemas bilik ney.. adeh mana nak landing ney.. Aku banyak keje tau.... Tak nampak ke aku tengah buat keje.. ZzZzz...."


"Demi waktu, sesungguhnya manusia didalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh dan saling menasihati untuk kebenaran, dan saling menasihati untuk kesabaran" Surah Al'Ashr 1-3


Memang aku berada didalam kerugian. Surah ni kerapkali dibaca pada akhir majlis atau perjumpaan namun sejauh mana yang membaca itu mengamalkannya. Benarkah mereka merasa diri mereka ini didalam kerugian. Ataupun sama je.

cubalah sekali sekala kita memberikan ruang kepada diri kita sendiri. Luangkan masa untuk mengemas.. Luangkan masa dengan keluarga dan untuk orang yang tersayang.

Ruang kesenangan ni hanya wujud jika kita yang membukanya. Ia tidak akan wujud dengan tiba-tiba.



"Ruang Beb.. mana ruang.. Mana dia ruang tu.. aku nak ruang.."

Dimana nak cari ruang..?? Carilah sendiri.. hanya diri sendiri yang mengetahui bagaimana ruang itu wujud...


2 Komen:

USTAZAH-ENGINEER said...

assalamualaikum..

hye knape la klakar sangat dia nie...

Noor Hafizah Bt Abd Rahim said...

Waalaikumussalam....

Hehe.. mana de klakar eh.. elok jer...

Related Posts with Thumbnails