Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

17 September 2008

Pakej...
Kalau kita nak melancong ke luar negara kita pasti pergi ke agensi pelancongan yang menyediakan pakej percutian yang paling menarik.. Percutian yang penuh bermakna dan membawa erti kepada sesiapa saja yang nak pergi melancong.. Tertambahlah lagi kalau yang baru nak pegi honeymoon tu.. Mesti mengidamkan satu perjalanan yang sempurna.. Pakej yang ditawarkan mestilah menarik dan sempurna tak kisahlah berapa harga yang ditawarkan sekalipun.

Situasi yang berlainan pulak...

Sewaktu uji bakat "Malaya Idun". Seorang peserta konfiden dia ada bakat nak menyanyi. Maka, melangkah masuklah peserta tu kedalam bilik uji bakat.




Peserta : "Nama I Jenab Bt Johari Baba.. U all can call me Jeanne.. "
Juri laki :"OooOooo.. I see.. So u very seksi okeh... I think u mesti ada bakat"
Juri Pompuan : " Hurm.. Gaya artis U dah ada. I nak dengar suara U plak.."
Juri Pondan : "Ahh.. nyah... mak rasa u ni hot laaa.... Uhh... boleh nanyi lagu Milah.. Aku Leybeh tau.."

Peserta :" Okeh... Ku..... Tahu... kau bukan lawan untukku.... wawawa.. lalala... huk..huk.."

Juri laki : " oh... disebabkan u cantik.. i rasa muka u boleh jual dalam pasaran lagipun u ni seksi.. tapi suara tu... I think my kodok behind my rumah lagi good suara dia.. I kecewa dengan U"
Juri Pompuan : " well i dah agak dah.. If u very seksi like this i know u don`t have talent.. suara cam getah putus.. Picing cam tayar motor pecah.. and filling i kat u takde.. zero... syuh..syuh.... don`t come back... U make my urat putus.."
Juri pondan : " Aduh... nyah.. mak baru bangun dari pengsan ni.. Aduh.. teruk la u ni.. harap muka je cantik.. But I lagi cantik okeh... U.. i harap u berlatih dulu kat karaoke box kat summit batu pahat.. kat situ i rasa takde yang nak amik tau suara u macam mana.. "

Ohohoho... dah merapu ney...

sebenarnya nak berceloteh tentang pakej....
betul ke setiap gadis @ perempuan ni memerlukan pakej..
bukan pakej percutian... Namun untuk mendapat tempat di mata masyarakat..
adakah kita memang diperlukan untuk mempunyai pakej..

Pakej A :
Beriman
Cantik
Pandai
Lemah lembut
++ semua yang baik..

Pakej B:
Beriman
Kurang cantik namun manis
Tak berapa pandai namun boleh la...
lemah lembut..

Pakej C:
Iman biasa2 solat cukup 5waktu juz malas baca mathurat pas subuh n asar
Tak cantik manis pun kurang
IQ tahap manusia biasa boleh la jadik kerani..
Kejap lembut kejap kasar..

Banyak agie pakej ney... yang pasti mesti ramai yang mahukan pakej A.. Sempurnanya insan ney... Cantik sekali.. tidak ku lepaskan kalu dimiliki.. hak..hak...

Aku tak tahu nak cakap apa dah yang pasti memang untuk mengambil tempat di mata masyarakat kita memerlukan pakej yang tertentu..

Kalau ada yang nak dikongsi boleh antar kat I.. Okeh...

Ni taknaklah jadik Post yang tidak berguna so aku nak berkongsi sedikit tentang...

SETIAP ORANG AKAN MENUAI APA YANG DISEMAI

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan apa yang dia usahakannya”
Surah An Najm : 39

PETUNJUK KEBAHGIAAN

Ketenangan : Jiwa
: mental
: Persekitaran

Kasih sayang : Seni kehidupan - perlu diuruskn
: Perlu difahami/dipertanggungjawabkan
: Perlukan pengorbanan

Kasihan : Sifat yang perlu ditanam
: Perlu dira`i


Persedian mendidik : untuk mendidik kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut:

Kesedaran :
Nak dapat kesedaran bukan lah mudah... Ada orang dapat sekelip mata dan ada jugak yang akan dapat kesedaran berpuluh-puluh tahun lamanya.. Namun perlu bersyukur yang kita tetap diberi kesedaran dari mereka yang dihanyutkan tanpa pedoman.

Kaedah:
Kaedah itu penting.. Dalam Posting yang sebelum ni aku ada tekan tentang penarikan jiwa.. dan sampai sekarang aku lupa apa lagi satu tu..

Kesungguhan:
Kesungguhan ni umapama kayu yang membakar unggun api.. Ia perlu dijaga dan ditambah setiap kali. Kerana bagai hujan menimpa kayu api.. Kesungguhan kita boleh lenyap secara tiba-tiba.

Ketabahan:
Ketabahan perlu didalam menempuh onak dan cabaran, Mehnah dan tribulasi.. kerana perjalanan seorang pejuang itu tidak dihiasi dengan permata dan bau2an yang indah.. Namun ia ditaburi dengan duri ranjau yang bisa menikam kalbu...

Tamat sudahlah celoteh daku.. mahu start study balik... hehehe..


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails