Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

29 October 2008

++1 Liter Of Tear++

Semester ini aku belajar lagi sesuatu perkara..
Perkara yang membuatkan aku diam dan terus untuk diam..
sehingga malas nak bercakap apa-apa dah..


Aku memahami makna SAHABAT dari sudut yang aku paham..
Namun macam sama erti dengan makna KAWAN atau TEMAN..
Aku jadi bosan bila mengenangkan ianya memang membawa makna
kawan ketika senang namun bukan untuk berkongsi kedukaan..
Aku tak tahu nak cakap macam mana ..
but ni lah yang aku paham...

Dan menyebabkan aku rasa apa kelemahan aku baik aku cakap kat sini je..

Teman ketika senang dan bukan teman ketika duka...


Bila jadi apa2 masalah yang melibatkan diri sendiri , ramai yang cakap itu masalah korang..So jangan melibatkan orang lain... And kalau kita menerima kejayaan itu kejayaan kita bersama..

Dan aku masih teringatkan modul yang dibuat namun aku tak rasa modul ni patut dibuat lagi..cadangan aku buang dan lupakan modul ini... Menyakitkan hati.. Sorry kepada sesiapa yang membaca dan mengetahui situasi ni..

Waktu tu kena senaraikan semua kelemahan yang ada dalam diri kita... Memang waktu tu nekad nak bagitau apa kelemahan aku.. Aku nak berubah... Terlalu inginkan perubahan... Tapi ni la yang terjadi... Yang aku dapat malam tu hanyalah ..

SAHABAT ITU AKAN ADA KETIKA SENANG sahaja..

Semua kertas kelemahan direnyuk dan dicampak...
Alasan.. tu semua kelemahan diri kita..
Kita patut buang jauh-jauh...

Hei.... kelemahan ni takkan boleh buang dalam masa sejam macam tu... Sehari macam tu... Dua tiga hari... berdarah le telinga apa pun ... Cakapla apa pun... Bukan senang nak buang kelemahan .. Tambah-tambah dalam situasi begitu... Menangislah macam mana pun moderator.. Teresak-esaklah sekuat hati pun... Tutuplah lampu macam mana pun.. Malam tu aku hanya berdiri menanggung kaki yang kebas je..... Yang kedengaran hanyalah esakan je.. Aku tak rasa menangis begitu boleh membuat kita lupakan kelemahan diri...

Mungkin untuk orang lain iye berkesan namun bukan untuk orang seperti aku yang tidak dikurniakan hati yg lembut......


Macam-macam kelemahan orang...
Antaranya...
- Taknak nak basuh pinggan lepas makan... susun keliling singki...
- Taknak flush tandas lepas guna...
- Biarkan toilet berkulat sebab kulat itu kesenian...
- Membuang sampah dalam bakul sampah dan dibiar penuh...
tunggu tuan punya bakul sampah yang buang sebab dah masuk bakul dia..
so otometik sampah tu dia punya...
(Kalau dah baca harap ubah.. Tak payah nak cakap apa2 just buat je..)


Haaaaaaaaaaaaaaaaa..... Sakit hati... Sorry.. aku bukan orang yang nak duduk depan orang ramai untuk melelehkan air mata... aku taknak simpati orang... biarkan aku terus menulis... kalau tulis dairi... orang tak tahu... kalau tulis blog orang akan tahu...


Dan sape yang makan cabai dia yang terasa pedasnya... Salahkah aku menegur... Dan aku tahu satu hari nanti aku akan di"toce".. Semua akan 'blame aku'.. aku tahu bila dan ketikanya... just wait n see... marahlah aku macam mana pun.. selagi bukan jiwa ini yang ditarik... Deralah aku sampai mati pun... Sampai tak boleh jalan.. Kalau demam pun tetap kena denda jugak... Sebab nak biasakan yang sahabat itu bukan ada ketika duka... hanya datang ketika senang sahaja..waktu tu je meraung minta jangan diapa-apakan sahabat tu sebab ia modul.. Dah balik macam ni laaa.... Realiti...

Aku tahu ramai yang takkan berpuas hati dengan aku.. dan aku akan dipandang seperti ASTORA JABAT didalam majalah AL-ISLAM.. tapi aku bukan dia.. masih berpegang pada AL-Quran n Sunnah..

Aku benci dengan perkataan AKU sebenarnya...
Namun disini aku menulis namaku AKU... kerana aku bermonolog dengan diri aku...

Pernah suatu ketika. Aku menjadi pendengar yang tak bagus sebab tak dapat membantu...
Hingga menyebabkan sahabat ini tidak belajar lagi..
Aku sedih sngat sampai aku mmg taknak cakap terus dengan dia...
Dia pun mempertikaikan masalah yang sama...
Kenapa semua kecoh tentang dia bila akademik dia jatuh...
Kenapa tak kecoh ketika ia tak terjadi lagi..
Sebab ia effect semua orangkan...
Aku tak tahu korang paham atau tidak...

Biarlah... Biar aku je yang paham....

p/s: jangan cakap dengan aku selagi kau tak sambung belajar....

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails