Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

20 November 2008

++Andalah pendidik yang tidak langsung++


Suatu hari nanti anda bercita-cita untuk menjadi orang pertama Malaysia...

Anda juga menyimpan harapan menjadi harapan kepada ibubapa dan famili anda...
Anda berharap buah hati anda selalu bangga dengan apa yang anda lakukan...


Xkan sedikit pun tidak pernah terlintas diminda anda..??

Aku selalu berharapkan kejayaan dipihak aku..
Namun ditakdirkan kejayaan itu bukan milikku..
Kenapa ?? Kerana kegagalan itu kejayaan yang tertangguh...

Apa yang nak aku bincangkan kat sini adalah...

DIRI ANDA SEBAGAI PENDIDIK SECARA LANGSUNG DAN TIDAK...

Belek2 blog orang terbaca la ayat2 motivasi ni...
Link : http://imotivasi.com/
Aku suka ayat2 dia...

"Kepala spray jika ditekan, sudah tentu akan menyemburkan isinya, tak kira apa. Jadilah seperti spray yang sentiasa menyemburkan ilmu, semangat membara pada diri sendiri juga pada orang lain.

Jika Anda nak jadi pelajar cemerlang, ikut stail spray. Spraykan ilmu, kongsikan apa yang Anda tahu pada yang ingin tahu. Jika ada yang tak nak tahu, biarkan saja. Terima hakikat, ada yang nak luar biasa hebat, ada yang nak biasa-biasa saja. Yang nak jadi pelajar ala kadar pun ada, janji rock."

Secara tidak langsung anda boleh dikira sebagai pendidik yang tidak langsung.. Tapi ada ketikanya kita rasa diri ini tidak layak untuk mengajar orang lain..


Macam kawan aku sorang ni waktu nak final... Dia berkongsi ilmu yg dia dah khatam... Bila ada je org tanya soklan.. Yang diungkapkan adalah..

Alaaaa... aku xpandai mengajar... erm.. Pandai ke aku mengajar...

Bagi aku tak kisah le anda pandai mengajar atau tidak... Tapi secara tidak langsung anda dapat memrefreshkan apa yang anda pelajari...

~Ibarat minyak wangi harum yang selalu kita spray , disembur pada baju, motivasi kita pun biarlah macam tu juga, biar di sembur selalu dalam diri sendiri, supaya kita ada semangat tinggi dalam apa jua yang kita kerjakan~

Dulu aku rasa kegagalan itu adalah sesuatu yang memalukan...
Yelah... Dah aku diketegori dalam org yang IQ xbagus ni...
Memang muka ni jela yg selalu dpt markah rendah dalam geng..

Bila masa berlalu...
Aku perhatikan .. ramai lagi yang gagal dari aku..
Setabah air di kali aku lihat...
Macam xde masalah...

Erm... Akhir kalam... Andai ini yang telah tertulis untuk diriku..
Aku redha... Namun usaha perlu diteruskan...
Dan tawakal dipanjangkan...
Wallahualam..

p/s : Dah lama tak menulis artikel sendiri... Sakit gak otak nak berfikir... Bz la exam.. Sekang dah abes exam... Jumpa lagi semester depan ehh kelas... Hehehe


" anda yang mewarnai kehidupan anda sendiri... orang lain hanya dapat menyediakan dan membekalkan segala yg anda perlukan... Namun semuanya ditangan anda..."
"Renung2kan ... Temah Konsultant"

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails