Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

26 April 2009

++Panik..Panik...++

SEORANG daripada kaki judi separuh umur terpaksa dipaut lehernya bagi mengelak dia lari di dalam sebuah premis empat nombor ekor di Kuantan petang kelmarin
BEBERAPA orang pegawai penguat kuasa JAIP menahan dua kaki judi (dua dari kiri dan dua dari kanan) di Kuantan petang semalam

Panik depan kedai judi - Enam dicekup langgar perintah Sultan Pahang. .KUANTAN - Suasana biasa pelanggan bebas berjalan keluar masuk di dua buah premis empat nombor ekor di Lorong Rusa, di sini petang kelmarin bertukar kelam-kabut dengan ramai berlari lintang-pukang. Semuanya gara-gara sepasukan 16 pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) membuat serbuan pertama seumpamanya di negeri itu bagi menahan kaki judi. Sebaik ternampak kelibat penguat kuasa, ada pelanggan beragama Islam melarikan diri manakala beberapa orang lagi cuba melawan sehingga bergelut dengan kakitangan JAIP. Akhirnya, enam ditahan dalam operasi itu termasuk seorang lelaki berusia 54 tahun yang membelanjakan RM63 setiap kali membeli nombor ekor dengan kekerapan tiga kali seminggu. Ketika disoal siasat, ada di antara mereka memberi alasan berjudi selepas mendapat mimpi nombor yang baik, pendapatan tidak cukup selain mencari wang tambahan kononnya untuk merawat anak yang sakit. . Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abd. Aziz berkata, semua lelaki terbabit berumur antara 29 hingga 54 tahun ditahan mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 Pindaan 1987. Di bawah enakmen itu, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Petikan Akhbar Kosmo 27 April 2009

Dalam kesibukan Fiza menghadapi peperiksaan ini Fza tetap tertarik untuk mengomen petikan akhbar yang tiba2 sahaja Fza terbaca.. Hehehe.. But.. Firstly... Penulis akhbar tu sepatutnye tulis tajuk dia " Panik depan kedai judi - Enam di cekup langgar perintah ALLAH " hurm baru lah betul.... Adeh.. memang media ni mengampu betul laa.....

Okeh kembali kepada tajuk asal.. Lepas je Fza baca artikel ni tiba2 teringat waktu tingkatan 5. Salah satu silibus dalam subjek agama adalah mengenai mahkamah syariah... Kitaorg pun plan la buat lawatan sambil belajar ke mahkamah syariah Kuala KAngsar.. Dapat la tgk perbicaraan kat mahkamah... Mula-mula berdebar2 tapi sekali best pulak.. Kebetulan hari tu banyak kes... KEs Judi n Khalwat.. Xbyk kes yang di ingati tadi adalah 2 ke 3 kes..

Kes Pertama - Pakcik Tua yg di Iringi dgn AnaknYa
Pakcik ni ditangkap didalam kedai judi apa tah nama dia tah.. hehe... Waktu kesalahan dibacakan pakcik tu tunduk jer... Anak dia dgr jer.. Pakcik tu cakap .. dia tak bersalah.. waktu tu dia tgh jalan nak pergi farmasi kat sebelah kedai judi tu... Tapi masalahnyer tangkapan hanya dibuat didalam premis judi tu sahaja... Pakcik tu mintak hukumannya diringankan.. Sebab takde duit... Sekali Hakim panggil anaknye... Dia cakap... Ayah awak ni kalau di sabitkan kesalahan kalo xbleh bayar kena tangkap ni... Awak nak ganti ayah awak kena penjara.. Anak tu tunduk je... Fza pun x pasti apa yang anak tu pikirkan.. Malu.. itu semestinya... Pening Fza melihat keadaan itu...

Kes Kedua - Warga Indon
Mamat indon ni pun kena tangkap jugak sebab dituduh berjudi.. Tapi kes ni kelakar... HAhaha.. Sampai peguam yg bacakan tuduhan pun nak gelak dengar mamat ni cakap... Hahahaha... Bila pertuduhan dibaca mamat ni tak ngaku tapi apa yang dijawabnya adalah.. " pak ... saya tidak bersalah pak... saya lihat ramai2 org kat kedai itu saya pun datang la nak tgk apa ribut2.. Sy ingat ada org bergaduh. Sekali sy pun kena tangkap sekali..." Hahaha.. terabur gelak satu mahkamah.. Tapi mamat ni tetap di denda... Tapi dia xde duit.. Jd mahkamah tetapkan berapa yang ada dalam beg duit pada hari tu.. banyak tu mamat tu kena bayar....

ikutkan kes judi byk hari tu tapi ni je yg fiza ingat..
yang len kes khalwat.. Mcm2 kes.. ada yang bangga datang dengan pasangan khalwat tu.. ada yang mak dia menangis waktu dengar pertuduhan dibaca. tapi anak releks je jawab.. inilah orang zaman kini.. berbangga dengan kesalahan demi kesalahan yang dilakukan.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails