Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

23 February 2010

Cerpen : Part I : Kau Milikku

~~~~


Terduduk aku terkaku , tiada kata tiada suara yang dapat dikeluarkan . Benarkah apa yang aku lalui ini. Ya Allah, tabahkan hatiku Ya Allah. Sebujur jasad kaku didepan mataku. Ya itu dia. Dialah yang orang paling aku cintai. Teresak-esak merintih pemergian orang tersayang namun didalam hati tetap redha dengan pemergian dia.

~~~~


Panas sungguh hari ini. "sambung tidur lagi baik.." kata hatiku tersedarnya aku dari lena disiang hari. Tiba-tiba, lagu Ku percaya cinta berkumandang di handphone aku. Sekilas pandang bukan nombor yang aku kenali. Ahh malaslah nak menjawap bukan aku kenal pun. Seketika alunan terhenti. Namun siang yang sepi terus dibangunkan dengan bunyi SMS di handphone aku. Dengan malas sekali aku membaca.

Sender +6013*******

Salam Dila. Ni Kak Yati. Ingt xlg kt selalu jumpa kat masjid tu. Dila tgh bz ke skang ni. akak ada hal nak ckp ngan Dila ni.

Mindaku terus berfikir. Kak Yati yang mana yer. Sebentar teringat di layar ingatan aku. Owh Kakak Yati.. Kak Haryati yang pendiam itu. Ingat lagi kak Yati dekat aku ya. Gembira juga rasa dihati sekian lama aku menunggu khabar dari kak Yati hari ini baru terbalas. Tanpa alasan aku terus membuat temu janji dengan Kak Yati.

Seusai aku berbalas-balas pesanan baru aku tersedar yang aku belum menunaikan solat asar. Berlari aku terkejar-kejar membersihkan diri dan menunaikan solatku. Seperti biasa diakhir salamku ku selitkan doa agar dipermudahkan sakaratulmautku nanti terusku usap diubun-ubun kepalaku walau rapi terselindung disebalik telekungku. Dan ku akhirkan juga doaku dengan diperjodohkan dengan insan yang beriman dan boleh melengkapkan hidupku nanti.

Ahh. Aku lapar kata hatiku. Cari makananlah macam ni. Terusku pakai tudung serta sarung kaki lalu ku melangkah pergi mencari makanan tanpaku sedari di kedai makan ada mata yang memandangku dengan penuh harapan.

*********


Hari yang dijanjikan telah tiba. Seperti biasa aku berpakaian ringkas. T`Shirt labuhku , seluar jean dan tudungku yang ringkas. Dari jauh aku melihat Kak Yati berjalan perlahan dan terus menegurku. "Assalamualaikum , lama dah Dila datang. Maaf akak terlambat sikit, ada hal tadi " Ayat kak Yati sangat tersusun dan aku terlalu mengagumi sifat dan sikap yang ditunjukkan oleh kak Yati.

Aku dan Kak Yati terus duduk di tempat yang disediakan berhampiran dengan tempat aku menunggu Kak Yati. Awal perbincangan aku dan Kak Yati saling berkongsi cerita dan pengalaman. Tiba-tiba Kak Yati terdiam dan terus berkata " Dila, akak nak tanya sikit ni. Dila dah ada sapa-sapa ke dalam hidup dila" Terdiam sebentar aku " Ada sape lagi kak , mak abah Dila jer la.. nak ada siapa lagi dalam hidup Dila" aku memang terkenal dengan perangai loyar buruk aku.. Tersengih aku sambil menjawap . Geli hati aku rasa dengan soalan yang diajukan. " Akak maksudkan, Dila dah ada ke calon yang sesuai untuk dijadikan suami dila nanti ?" Kata kak Yati tampak serius dimuka dia. Aku terdiam dan terus diam. " Akak bertanya bukannya kenapa, ada seorang ni dia bertanyakan dila. "

TErdiam sebentar, kenapa mesti bertanyakan aku. Siapalah insan itu yer. Melayang-layang mindaku berputar-putar. " Dila, dia cakap dia selalu perhatikan Dila" tambah Kak Yati. Aduh perhatikan akulah pula. Aku rasa perangai aku jauh berbatu-batu dari Kak Yati. Aku adalah apa yang aku rasa. Tergaru-garu kepala aku yang tidak gatal. " alamak kak, malunya saya ada orang tengok saya ke. Aduh manalah tahu saya tengah korek hidung ke dia tengok" Aku terus berloyar buruk berharap Kak Yati menukar tajuk perbincangan. Namun jangkaan aku meleset. "Dila, macam mana. Any answer from you ? " Aduh Kak Yati speaking pula. Nampaknya dia memang serius. Kalau kata malas hendak fikir lagi sampai bila aku taknak memikirkan hal ini. " Akak, boleh tak Dila nak tahu sape yer orang tu"

"Akak rasa Dila kenal budak ni. Sebab dia cakap Dila kenal dia. Akak cuma menyampaikan pesan sahaja". Aku terus berfikir dan berfikir, terus Kak Yati berkata " Imran. Muhammad Imran "

~~~~


"Dila, Dila. Sabar yer semua ini ketentuan Illahi. Dah ditakdirkan dia pergi dulu" Sayup-sayup terdengar suara sahabat-sahabatku menenangkan ku. Melayang dan terus terapung-apung aku rasa ketika ini. Air mata terus mengalir sambil mataku meleret melihat anak-anakku yang sedang nyenyak tidur. Mereka juga akan merasai kehilangan dia.

~~~~


Berdebar-debar pula rasa dihati ini. Kejap-kejap rasa menyesal , kejap-kejap rasa tidak sebab menerima pelawaan makan malam malam ini. Aku duduk di dapur setelah penat menolong Kak Yati menyediakan makanan makan malam sambil menunggu tetamu istimewa itu tiba. Tergelak juga dalam hati aku. Macam manalah aku boleh terjebak dalam kancah perjalanan kehidupan ini. Meleret mataku melihat potret-potret yang tersusun rapi di dinding rumah Kak Yati. Kemas kata hatiku. Cantiknya Kak Yati waktu walimah Kak Yati patutlah ada orang suka. Tapi aku hairan juga macam mana dia boleh suka kat aku , aku bukannya secantik Kak Yati.

Tiba-tiba " Assalamualaikum... " serentak terdengar suara Abang Zal menjawap salam " Waalaikumussalam.. Ha . sampai dah ha.. marilah masuk. " Dari ruang belakang aku dah menepuk dahi. Aduhai macam mana ni. Sebabnya sepanjang aku kenal dengan Imran aku tidak pernah terlalu sopan seperti malam ini. Terleret mataku memandang Imran yang memakai t`shirt dan seluar hitamnya. Seperti biasa dan hari-hari biasa sememangnya dia begitu. Gelak lagi hati aku mengenangkan jauh sekali rasanya perbezaan aku dan dia. Hati aku terasa di geletek-geletek tersenyum-senyum aku seorang diri.

Sementara aku mengemas meja bersama Kak yati ,sempat aku melihat Imran bersembang dengan Abg Zal. Tah apa yang digelakkan aku pun tak tahu. Aku terus mengikut Kak Yati ke ruang depan . Banyak juga perkara yang dibincangkan. Sampai kadang-kadang aku tidak dapat menangkap apa yang diperkatakan kerana terlalu banyak berlapik. Angguk pun tidak geleng pun tidak. Tiba-tiba aku melihat Imran berbisik dengan Abg Zal, sambil mengagguk-anggukkan kepalanya dia memanggil Kak Yati. " Cakaplah apa yang Imran nak cakapkan kepada Dila , Abg dan kakak ke dapur kejap jer.. Jangan buat apa-apa pula" Sambil berlalu pergi. Memang banyak yang aku nak perkatakan namun tersekat bila terpandang wajah Abg Zal. Aku sedikit segan dengan dia.Kenapa ..?? entahlah.

Aku terus mendiamkan diri. Dalam hati aku meronta-ronta untuk berkata-kata tetapi tetap tersangkut di kerongkongku. " Awak, saya rasa awak mcm ada perkara je yang nak dicakapkan" Tiba-tiba Imran berkata-kata. Aku rimas dengan sikap aku ketika ini. " Hurm. ada perkara saya nak perkatakan tapi boleh tak kalau saya tunduk je sambil berkata-kata sebab kalau saya pandang muka awak saya tak dapat nak cakap apa yang saya nak cakap.. But, Awak kena dengar apa yang saya katakan" Lancar je aku berkata-kata merelekskan diri. “ Boleh jer..” Imran terus menjawab.

Aku menarik nafasku sehinggaku tenang. Terus sahaja mulutku berkata-kata “ Pertama sekali, syukur Alhamdulillah. Saya terasa sangat bertuah kerana awak memilih saya menjadi teman hidup awak. Tidak pernah terlintas di fikiran saya yang saya akan ditakdirkan untuk bersama awak. Awak terima kasih kerana telah memilih saya. Saya yakin hadirnya awak dalam diri saya dapat melengkapkan kehidupan saya. Dan saya pasti awak dapat membimbing saya ke jalan yang diredhai Illahi “ Aku terus tunduk sambil menahan empang air mata yang kian terbentuk. Teresak dihati bagaimana boleh aku ungkapkan kata-kata itu kepadanya. Memang benar kata hatiku dia milik ku…

**Sambung**

~ Bila eh sambung nyer... Tungu-tunggu... Kalo rasa nak tunggu la.. Hahahahaha

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails