Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

13 May 2010

~Salam bicara kuih keria~

salam... berbicara terus daripada opis TM Kuale..
hehehe.. aku teramatlah bosan disini..
Oleh kerana aku bosan.. So apa kata aku mengajar cara untuk memasak kuih keria..

bila berbicara tentang kuih keria.. teringat ketika aku dan kema membuat kuih keria.. hehe

Untuk membuat kuih keria...
bahan yang diperlukan adalah.. ( aku tak ikut sukatan yang skema tau)

Ubi keledek ( tapi mak aku cakap buat guna ubi kayu pun lagi sedap)
tepung gandum..

First ... Rebuskan ubi keledek sehingga lembut.. Untuk mengelakkan daripada ubi berbulu-bulu.. Ubi keledek hendaklah dipotong kecil-kecil sebelum direbus..

Setelah ubi keledek empuk( bukan hempuk) angkat dan sejukkan sebentar. Lenyekkan ubi sehingga halus.
Masukkan tepung gandum. gaul hingga buleh terbentuk tapi jangan terlalu banyak tepung nanti keras...

Pastu bentukkan ikut suka hati korang.. Goreng sehingga garing..

Angkat dan sejukkan... Setelah sejuk buleh lah disirakan...

Untuk membuat gula sira. masukkan gula dan sedikit air.. Gaul sehingga gula seperti bertali-tali( maksud bertali adalah bila kita angkat gula tu dan titiskan ia bersambungan tidak putus) Pastu masukkan kuih tadi... tutup api dan gaul sehingga dula rata dan kering...

Sudah siap... gambarnya.. hehehehe.. tgk lah dalam facebook..kalo tak lain kali baru saya upload.. sekian... selamat mencuba..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails