Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

29 September 2010

~Potret Kehidupan~

Pernah suatu ketika aku hampir membuang orang yang aku sayang dari hidup aku..

Mungkin kerana .. Hakikatnya ia bukan untuk diriku..

Namun bila fikirkan kembali.. Kenapa perlu yang disayangi dibuang jauh-jauh..

Siapa yang parah..?? Siapa yang marah...?? diri aku juga kan.. makanya.. biarkan ianya bertapak dan terus tertanam jauh di sudut hati aku...

Mengapa tidak dikembalikan sahaja kepada asalnya..?? Asal seperti sebelumnya..!! dimana ianya biasa dan terus menjadi biasa hingga bila-bila...!!

Seringkali lirik lagu Wali Band terungkap dibibir aku..

"Salahkah aku menyintaimu.. walau ku tahu.. ku tak dihatimu.. Egokah aku memilikimu.. walau ku tahu kau tak memilihku.." ~Egokah aku~

Salahkah aku..??

TIDAK SALAH...!!

Setiap perasaan itu akan hadir dan bertapak dihati setiap insan.. sama ada ia terus berkembang .. kekal disitu.. ataupun ianya berhijrah ke tempat lain..

Kenapa mesti aku membenci orang yang aku sayang.. ?? Sepatutnya aku gembira apabila orang yang aku sayang gembira dengan kehidupan dia.. 

Kenapa mesti merana diatas kegembiraan orang lain.. ?? Sedangkan kita boleh bahagia walaupun bukan dengan dia...??

SAKIT HATI..!!! MAKAN HATI..!!!!

Sudah-sudahlah sehari dua.. seminggu dua ataupun sebulan dua aku berasa sakit hati ... 

Hati bengkak..??? 

Owh tolonglah... Seharusnya hati itu bengkak jika kita jauh dari TUHAN kita.. iaitu ALLAH SWT... Bukannya dibiarkan hati itu bengkak kerana ditinggalkan oleh seketul makhluk yang dimana ianya hanyalah seorang hamba kerdil kepada yang maha Esa...

Fikiran aku tiba-tiba terbuka.. dan hati juga berasa lapang.. apabila tiba-tiba aku mendengar seorang temanku berkata kepadaku.. 

~kenapa mesti membuang kawan dari hidup kita.. Cuba-cubalah fikir suka duka yang pernah dilalui bersama.. hanya kerana hal yang sekecil  tu pun sampai nak buang kawan dari hidup...~Temanku~

Tersentak juga seketika.. Sehingga aku mengambil keputusan agar tidak membenci setiap detik yang pernah dilalui.. Setiap kenangan yang manis akan terus kurasa manis sehingga kini.. dan yang pahit tetap akan menjadi pahit didalam hidupku.. Tidak akan sama sekali aku mencampur adukkan impian dengan kenyataan..

Kerana berlapanglah hati...
Bergembiralah wahai aku..
Ia tidak memilih diriku untuk diletakkan dihatinya...
Terimalah kenyataan yang semakin nyata ini...


~Realiti Kehidupan yang terlakar.. Kadangkala seperti sebuah potret yang terlakar.. Nampak nyata namun segalanya adalah impian seorang pelukis~ 
Fizah Rahim

2 Komen:

eMLyNn said...

i loikee this article..
perlu tambah2 lg yg mana kurang..
nnt letak atas meja sy ye..

Hafizah said...

Hohoho.. saya hanya menyediakan artikel secara online.. jika hendak diletakkan diatas meja anda.. saya perlu meletakkan laptop sekali diatas meja anda.. ahaha

Related Posts with Thumbnails