Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

22 December 2010

~Ngeri sekali.. namun jika itu adalah takdir... redha lah...~

Seringkali kita disajikan dengan berita-berita berkaitan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam di Malaysia ini. * ewah... dah macam ayat karangan dah kan...kan..kan....*

Baru-baru ini cerita tentang kemalangan ngeri yang meragut 27 nyawa meniti di setiap bibir insan yang mengambil tahu tentang berita itu. Ngeri sekali bila di dengar kerana sekelip mata 27 nyawa di ambil serentak * ada yang lewat sikit kot..* 

Ini menambahkan rasa gusar kepada penumpang pengangkutan awam terutama penumpang bas. Sehinggakan menyebabkan kini fenomena berubah menjadi... Ketika menaiki bas setiap penumpang perlu menerima setiap kemungkinan yang berlaku. Siap-siap minta maaf kat semua orang.. Selesaikan hutang dan pelbagai lagi.

Namun begitu, kita sebagai seorang penumpang perlu meletakkan keyakinan yang tinggi kepada pemandu bas. Dan pemandu bas seharusnya memegang keyakinan yang diberikan dengan memandu bas secara selamat bukan secara mengkhizir buta....

Bagi aku lah yang memang tidak boleh lari daripada menaiki bas. Aku percaya ajal dan maut itu ditangan Allah.. Tak kira dimana kita berada.. Ketika diatas bas... didalam keretapi... dalam kapal terbang... ataupun ketika kita menaiki kenderaan kita sendiri sekalipun.. Jika tertulis sudah disitu ajal kita dan begitu cara nya.. Kita seharusnya redha...

Namun setiap yang berlaku boleh di elak... tetapi jika sudah tertulis... itulah yang dinamakan takdir...

p/s: selamatkan setiap perjalanan aku.. amin...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails