Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

27 January 2011

~Kolokium : Transformasi didalam pendidikan~

Hye... Walaupun dah beberapa hari kolokium ini berlaku.. tapi hari ini baru aku berkesempatan hendak mengulas didalam blog aku.. 



Program : Kolokium Bersama Profesor Adjung FPTeK
Tajuk : Isu-isu dalam mentransformasi pendidikan
Oleh : Profesor Khair bin Mohamad Yusof
Pengulas : Noor Hafizah bin Abd Rahim

Transformasi adalah bermaksud melakukan perubahan. Didalam melakukan perubahan perkara yang paling penting adalah orang yang hendak melakukan perubahan. Namun dilihat kini "Sindrom Insetif Overload" telah menular didalam masyarakat.

Apa yang dapat difahamkan dengan "Sindrom Insetif Overload" adalah dimana insetif-insetif banyak disalurkan dan diberikan kepada pihak yang terbabit pada setiap bulan ataupun pada jangka masa yang tertentu, namun aktiviti yang harus dilakukan tidak dapat dilaksanakan.

Ini mendatangkan kerugian kepada kedua-dua pihak.Ini adalah kerana orang yang hendak menjalankan aktiviti yang diperuntukan tidak menjalankan tugas dengan betul dan baik.

Syarahan juga ada menerangkan tentang prestasi sebagai seorang guru. Ia lebih mudah untuk difahami dengan menggunakan akronim MAS

M = Motivation ( Motivasi )

Ada guru yang mahu mengajar namun tidak boleh mengajar. Ada guru yang boleh mengajar namun tidak mahu mengajar. Jadi untuk memastikan prestasi guru pada peringkat yang bagus seseorang guru itu haruslah mahu dan boleh mengajar. Juga setiap guru harus jelas dengan peranan dia sebagai seorang guru. 

A = Ability ( Kebolehan)

Seseorang guru harus tahu subjek apa yang mahu diajar. Kena sesuai isi pelajaran dengan tajuk yang akan diajar. Guru juga harus berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran sebagai seorang guru.

S = Setting Work (Tempat Kerja)

Guru haruslah berada didalam lingkungan tempat kerja yang selesa dan selamat. Juga subjek yang diajar harus bersesuaian dengan tempat mengajar. 

Ketiga-ketiga perkara yang dinyatakan adalah lebih kepada didalam diri seseorang guru itu.

Guru seharusnya mengamalkan sikap

Learning - Achievement - Testing

Not 

Testing - Achievement - Learning

Dimana pendidikan haruslah diterapkan diawal peringkat pengajaran. Bila pengajaran sudah difahami pencapaian dapat dilihat dan penilaian dapat dilakukan. Jadi pelajar akan mengetahui arah tujuan dia belajar. Jika penilaian dibuat dahulu, pencapaian yang akan ditunjukkan akan menjadi tidak baik kerana  pelajar tidak dapat menilai perkara yang sedang dilakukan.

Pada kesimpulannya, perubahan yang hendak dilakukan adalah amat susah jika tiada usaha dan semangat yang tinggi..

Nota nak kena kaki:

Ni je ke yang aku dapat dalam kolokium hari tu.. isk.. kalo prof tu baca sedih ya amat rasa dia tu.. isk.. sorry banyak-banyak tak menarik pun tulisan ini..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails