Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

18 May 2011

~Berita Pilihan - Budak tersepit celah dinding~

BEIJING - Seorang budak lelaki dari Daye di wilayah Hubei tengah China tersepit di celah dinding bangunan selama tiga jam sebelum diselamatkan beberapa anggota bomba, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak lelaki itu bersembunyi di celah ruang kecil berukuran 15 sentimeter di antara dua bangunan semasa dia bermain permainan sembunyi bersama rakan-rakannya baru-baru ini.

Pihak bomba dihubungi selepas beberapa rakan dan orang ramai gagal menariknya keluar dari celah bangunan itu.

Beberapa anggota bomba bertindak memasuki salah sebuah bangunan bagi memecahkan dinding berhampiran budak itu untuk menyelamatkannya. - Agensi


~Alolololo... Kesian kat budak ni.. tersepit....~
Bayangkan betapa gembiranya kanak-kanak ni bermain sembunyi-sembunyi... Ada gelak dan tawa di raut wajah mereka.. Namun kegembiraan itu hanya sementara.. Sedihnya dia bila tersepit selama 3 jam ni... Apa yang bermain difikiran dia ketika itu....

Sama juga seperti kanak-kanak yang gembira dapat bermain.. Namun bila tanpa pengawasan ibu bapa.. Kanak-kanak ini umpama diletakkan didalam zon yang paling bahaya walaupun keadaan sekeliling adalah selamat..

Kanak-kanak adalah seorang yang belum dapat memikirkan dan membezakan bahaya atau pun bahagia... Kerana itu didikan itu penting.. Jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka.. kerana pemikiran mereka bukan seperti pemikiran dewasa.. Juga jangan terlalu mengongkong mereka kerana pemikiran mereka perlu berkembang dengan mempelajari sesuatu yang baru namun dengan bimbingan dari ibubapanya...

ehhh.. Terbuka topik pasal Perkembangan Kanak-kanak pula... Okeh Dolly.... Say aaaaaa.......

p/s: Suka tengok anak cina.. hehe.. mata sepet.. keh..keh..

3 Komen:

MOHD FAHMI JAES said...

yg cerita tempatan baru2 ni baru habis upsr laki ikut lelaki kawin di siam tu pun hot jugak. apa punya budak la zaman skrg. baru kecik2 dah lari dari keluarga ikut bf kawin. apa yg silapnya didikan budak pompuan itu.

~Fizah Rahim~ said...

Yups mmg hot... tp entah le.. tak berapa nak berkenan.. ada pula yang menyokongnye pulak tu.. *ehem pokcik songkok tinggi tu..*

xpe la.. itu jodoh dia..

MOHD FAHMI JAES said...

ooo yg pakcik songkok tinggi. dia lebih kepada islamic sikit.

Related Posts with Thumbnails