Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

31 July 2011

~3 Years Blogger~

HooRay.... HooRay.....

Tahniah kepada diri kerana pada 1 hb Ogos 2011 ini genaplah 3 tahun aku menjadi seorang blogger...


Macam-macam suka dan duka telah aku kongsikan disini... Penat lelah juga sering dicoretkan dihelaian blog ini.. Tentang hati dan perasaan usah di kira... Rintih-rintih hati kerap kali memenuhi ruang-ruang blog ini...

Di awal kewujudan blog ini adalah untuk sama-sama berkongsi ilmu.. namun lama kelamaan aku mula menukarkan blog aku sebagai satu medan meluahkan perasaan...

Ada yang pernah cakap kat aku.. " Tak risau jadi gila ke... sebab asyik meluah perasaan dalam blog je " Bagi aku .. Takde masalah la... aku lagi gila kalau luah perasaan kat orang yang salah...

Eh.... jangan matikan mood happy celebrate 3 years as Blogger...

Blog aku bukanlah satu blog yang glamer... Walau dah 3 tahun tapi followernya ciput je jika dibandingkan dengan blog-blog yang lain...

Tapi tidak mengapa.... Asalkan dengan blog ini strees aku hilang pun dah cukup....


Ok setakat ini je happy-happy aku...

Moga tidak terlambat untuk mengucapkan ... Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam....

Nota nak kena kaki:

Hehehe.... dah masuk bulan ramadhan la.. ini bermakna de sebulan lebih sikit je lagi.. hehe... Miss u Jejaka Masa Hadapan...
Related Posts with Thumbnails