Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

14 July 2011

~Aku dan kisah... Ehh syukur la...~

Rasanya seperti hari ini berlalu dengan letih sekali... Manakan tidak.. Hari ni... Aku telah membuat satu operasi mengemas bilik... Kenapa aku rajin mengemas bilik...?? Ini adalah kerana aku mahu berpindah kebilik yang aku kemas ini.. Hehe... 

Ok.. bukan itu yang hendak diperkatakan...

Tapi... Hari ni... petang-petang.. aku dan mak dan abah pergi ke hospital.. sebab kononnya nak pergi melawat adik sedara yang telah patah tangan nya ... Kesian plak rasanya.. Yelah.. patah tu.. bukan luka.. patah tu... Tapi tak pe... Patah tumbuh... Hilang berganti... Tapi sayangilah tulang temulang anda...

Teringat pula ketika Jejaka Masa Hadapan aku patah tangan nya... hehe.. Oleh kerana dia terlalu free waktu berehat cuti sakit lah dia bertemu dengan aku di facebook.. mulalah segalanya.. Hehe.. tapi sekarang tangan dia dah elok dah.. hehe... kenalah elok.. nanti...nanti... nanti... bila dah sah jadi miliknya.. tangan tu jugalah yang hendak dipegangkan...kan..kan.. hehehe....

Oke..Oke.. dah merepek dah weiiii...

Kembali pasal hal di hospital.. sampai-sampai je... eheh... tak de orang la... rupa-rupanya dah masuk dalam bilik bedah.. nak buh besi ngan simen tangan dia.. sian.. sian... harap anda tabah yer dak kecik... dalam masa yang sama.. kebetulan... ada sedara aku gak... tapi jauh la.. sakit gak.. baru je masuk gak dalam bilik bedah.. dengar khabarnya.. usus besarnya perlu di buang... Isk.. itulah takdir...

Kadang-kadang aku rasa seriuawww... mengenangkan tulang ke patah.... luka ke... xcident ke... yelah yang melibatkan anggota badan yang di beri pinjam kepada kita oleh penciptaNya... Tiba-tibalah tuan nya nak kan kembali apa yang dipinjamkan... Keluh kesah waktu tu tak berguna lagi.. Maka.. seharusnya kita perlu bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan....

Nota nak kena kaki:

Sejak dok rumah ni... Sejak de jejaka masa hadapan ni.. entry pun asyik berkisar tentang H & P... tak pun pasal Jejaka.. aku rasa mesti ramai yang dah muak... Hek Elehhh.. pasal jejaka dia lagi.. xde modal lain ke....

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails