Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

06 August 2011

~Kelak kita akan....~

Assalamualaikum... Di bulan Ramadhan yang Barakah ini aku memang suka menaip panjang-panjang.. Pula tu bab renungan saje le pun.. .

Cuba renungkan... Apa yang telah kita lakukan didalam hidup kita ... Adakah yang menafaat atau yang memudaratkan..  Apa yang kita lakukan ketika usia kita remaja ini ... Segala-galanya bakal di tanya di akhirat kelak...

Kenyataannya... Apa yang kita lakukan dahulu , kini dan akan datang adalah modal yang bakal kita bawa ke akhirat kelak.. Modal yang dibawa itulah yang akan menentukan kehidupan kita kelak...Adakah modal yang dibawa itu bagus , berkualiti dan mantap... ataupun modal yang dibawa itu buruk , tiada kualiti dan busuk...

Sedarlah yang usaha yang kita lakukan sepanjang kita hidup ini adalah modal bagi menjamin kehidupan yang hakiki kelak... Apalah yang dapat dibandingkan dengan usia yang dikurniakan kepada kita didunia ini dengan akhirat yang sememangnya abadi..

Adakah berbaloi kita gembira dan bahagia hanya di dunia yang di pinjamkan sementara ini sahaja.. Sedangkan kehidupan yang hakiki di sana hidup terseksa..  Gembirakah kita menipu dan berbohong hanya untuk mengecapi kegembiraan yang tidak berpanjangan... Berbahagiakan kita bila kita sentiasa memutar belit kenyataan hanya untuk menyenangkan dihidup di dunia ini..

Adakah berbaloi semua itu...  Cuba bayangkan... kehidupan kita akhirat kelak tidak ditakdirkan ke syurga yang  abadi... Hari-hari diseksa.... Semuanya adalah hasil yang kita lakukan di dunia dulu... Itukah kehidupan yang kita mahukan... pastinya tidak....

Tapi... kalau benar mahukan masuk ke syurga yang abadi.. adakah apa yang kita buat hari ini mengarah kita kepada nya... apa yang kita buat akan berbaloi untuk di balas sebahagia itu... adakah perbuatan jahat hari ini akan dibalas bahagia disana.. pasti nya tidak...

Kita mampu untuk memilih.. tetapi semuanya ketentuan Illahi.. Usaha itu penting.. Bersabarlah didalam berbuat kebaikan... Kelak ganjarannya terlalu hebat....

~Tamat~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails