Hye..
Tak salah rasanya mahu meluah perasaan setelah lama tidak meluah perasaan...
Mampukah aku untuk menangis didepan orang lain...
Mampukah aku untuk meluah perasaan pada orang lain..
Mampukah aku meminta pada orang lain...
Biar aku hadapi semua...
Biar aku lalui semua...
Biar aku rasai semua...
Ini kerja aku.... biar aku yang buat...
Kenapa mesti disalahkan orang lain... kalau salah dia maka ini kerja dia...
Tapi hati tetap menangis... bila mana melihat mereka tersenyum dengan hasil mereka...
Namun aku... Duka itu masih setia menemani aku...
Huum...... Tiada guna keluh... Rugi jua berkesah...
Hidup harus diteruskan....
Walau langkah terasa berat...
Senyum tetap perlu diukir..
Walau hati masih menangis....
Kerja perlu disiapkan ...
Walau tak tahu mana nak mula...
Inilah nasib berhadapan dengan Projek Sarjana.....
Bukan bidang aku.. bukan pemahaman aku...
Bukan Teori Gagne .. Bukan Teori Jung ... Bukan semua teori-teori itu...
Semua bukan hadaman aku... masih dimamah di hujung mulut... hancur... tapi payah untuk ditelan....
Ruang-ruang masih lagi dipenuhi dengan litar... dengan arus... masih lagi terbayang panasnya solder iron....
Walau semakin hari semakin terhakis ingatan aku tentangnya...
Walau segak jurutera telah terhakis dek lembut seorang pendidik....
Namun aku masih begini.. masih memamah pahit ilmu-ilmu pendidikan... kerana manis jurutera masih terasa dihujung lidah kehidupan aku...
Moga sabar itu milik aku...
Moga tabah itu setia menemani aku...
Moga kejayaan itu kekal selama-lamanya...
Nukilan - jeruktimun
0 Komen:
Post a Comment