Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

14 January 2012

~Refleksi Latihan Mengajar - Lapor Diri~

Salam.....

Lama rasanya tidak bercoret panjang -panjang dalam blog ni... Yolah sejak busykan Projek Sarjana, Final exam dan sekarang Latihan mengajar....

Refleksi 13hb Januari 2012..

Hari pertama aku melapor diri di Politeknik Ungku Omar Ipoh.. Sekarang bukan sebagai seorang pelajar.. tetapi sebagai seorang pensyarah pelatih... adakah harapan untuk menjadi pensyarah tetap disitu... Biarlah masa yang menentukan segalanya... 

Setiap sudut.. setiap inci .. mata memandang... setiap langkah.. setiap tiuapan angin yang menghembus... membawa daku terbang kepada memori-memori dulu.. Aku rindu mereka.. aku rindu saat aku mengayuh basikal dari kamsis ke JKE.... Namun kenangan itu adalah untuk dikenang bukan untuk ditangisi...

Pepagi hari dah terlari-lari.. segalanya serba tak kena.. Selsema semakin teruk.. cecair mukus pekat selalu mengalir menampah ketidak selesaan aku... Bermake up seringkas yang mungkin... dan bersiap.... Minum pun tertumpah-tumpah... Sampai aku rasakan hari itu adalah hari yang malang... Ya hari malang... basah baju sebegitu basahnya hati aku menangis...

Namun ku tabahkan hati juga.. Ditemani emak dan abah.. semangat aku tanamkan... Bergegas-gegas menuju ke pejabat pengurusan.. Ya Allah... Sabar je la.. boleh reception tu tak tau ada Latihan Mengajar.. Adoi.. awal-awal lagi hati dah terguris... Lepas tu di pas ke UPLP berjumpa dengan Puan Laila... 

Kehadiran kami di sambut dengan baik.. namun dalam keadaan bergegas kerana Puan Laila ada kelas... Terus kami diminta berjumpa dengan Pengarah PUO... Namun diberitahu Pengarah dan Ketua Jabatan perlu menghadiri meting.. Dalam hati cuba sahaja.. mana tau dapat jumpa...

Akhirnya kami dapat berjumpa dengan Timbalan Pengarah... 

Sambung la nanti.. tiba-tiba rasa letih.. hehehe...


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails