Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

10 August 2008

Antara kenangan dan realiti

Kadang-kadang bila lagu-lagu lama dimainkan seringkali ia mengamit perasaan silam. Bila mende ni terjadi membuatkan aku terpikir. Mengapa ada org yang berkata “ni lagu nostalgia aku ni” “Bila dengar lagu ni membuatkan aku teringat waktu dulu”


Entah la banyak kali dah aku rasa macam ni. Sampai kadang-kadang sesak nafas aku mengenangkan kenangan yang dilalui. Ada yang manis dan ada yang pahit. Bila teringat peristiwa itu kadang-kadang sampai bunyi yang aku dengar, bait-bait kata yang dituturkan turut terngiang-ngiang dicuping telinga aku. sampaikan perasaan suasana pada ketika tu pun boleh terasa. Bila teringat membuatkan aku rasa sedih dan rindu saat-saat indah ketika ditempuhi.


Bagi aku la. Bila aku dengar lagu `Setanggi syurga` Inteam mengenangkan aku waktu aku pergi Rehlah kat Politeknik dulu. Boleh terkenang lagi kepada chelat 2 bijik tu.Sebelah muslimin dan sebelah muslimat. Aku waktu tu sem 1( masih comel lagi Hehe) , ingat lagi aku pergi naik keta kenari warna metalik.. Brother tu mcm kejang je bawak kete. Al-maklumlah yang len semua muslimat. Hehe.. We all releks.. Yo..ya..Yo..Ya.. Waktu tu buat kat ULu Chepor. Sampai dah nak dekat senja da waktu tu. Ingat lagi waktu tu Presiden PSSI waktu tu brother Safa dia pakai spek mata itam naik moto kapcai dia(ingat bergaya la tu ekeke takpe sekang dah pakai kete da) . Yang aku paling tak boleh lupa waktu tu.. Jalan nak masuk Ulu Chepor ni ceruk sket. Radio waktu tu pasang lagu SO7 (xingat tajuk) tgh hepi2 ikut nyanyi dalam atie.. Tiba-tiba lagu takde. Cuak sat aku deh.. dah le masuk hutan.. tak pasal2 sorang muslimat ni Mira bercakap “ Kenapa berhenti lagu ni” Aku pasan la brother tu pun tak tahan nak gelak dah.. Hehehe.. Aku suka rehlah tu.. Membawa perkara yang bermakna buat diri aku ni.


Banyak lagi eh kalo nak cakap pasal lagu ni.. Kalo lagu Destinasi Cinta UNIC tu plak mengenangkan aku kat pasar malam kat Taman Cempaka belakang KAmsis tu. Oo.. best giler pasar tu.. Apa mau mintak saja… janji ada uwang.. uwang yuk….


Hehe.. nak citer agie.. Aku x bleh lupa waktu ada satu kem tu kem Ehem-ehem… Hak..hak padan muka korang tak tahu.. kat kem Ehem-ehem ni la mengajar aku erti kepimpinan.. walaupun aku de gak pergi kem kepimpinan lain hak..kahk… waktu tu waktu makan.. kan kena rushing-rushing .. so akak ni cakap le kita makan lu le sebab dah lambat… aku yg blur+ kebulur ni pun makan la… Sekali kena marah deh.. waktu tu aku jadi penghuluwati kira mak ketua le.. hehe.. dah la waktu aku baru je baik demam bengkak cantik tu.. ( ala yang tengkuk bengkak tu) dah la nasik da masuk dalam mulut waktu tu.. kena bangun suh baca doa gak.. dengan mulut penuh tu tolak la sket nasik ke tepi pastu baca la.. Allahhumma…… Isk..isk… rasa nak sembur je nasik kat sape2 yg ada waktu tu…


Hak..hak.. bilang terkenang masa ni aku rasa macam nak pusing je balik masa.. rasa nak belajar menghargai dan menyayangi semua sahabat-sahabat aku dulu… Ohh dunia…. Memang begini rasa nya kita… Bila kita sedang menempuh perkara itu terasa amat pahit dan payah untuk ditempuhi.. Bila dah lepas semua baru kita terasa kemanisan bersama-sama itu..


“Indahnya perjalanan seorang pejuang adalah apabila seseorang pejuang itu menghiasi jalan liku-liku perjuangan itu dengan ilmu dan pengalaman”


Kadang-kadang aku rasa perjalanan hidup aku ni dah cukup panjang dan bermakna. Tapi bila dicomparekan dengan yang lain.. baru berapa meter je la pengalaman aku, ilmu lagi… takde langsung rasa nya.. Aku suka memerhati.. Dan kadang-kadang org akan menyalahkan aku kerana aku tak menjaga pandangan. Tapi ini cara aku. Aku hidup dengan memandang.. aku memerhati dan mentafsir.. Banyak perkara yang boleh kita ambil dengan memerhati. Cara gerak badan (body language) org lain pun dah cukup mengambarkan apa yang dia tengah pikirkan. Aku tak le terer nak mentafsir org . atapi sket –sket tu boleh la.. Nak cakap sket ni. Apa yang kita buat akan dibuat oleh org lain. Bila kita tak suka apa yg org buat so jgn la kita buat apa yg kita tak suka org tu buat.. paham tak..?? Xphm contact aku balik Ym ieza_b2s .


“Anda adalah pemimpin , anda jugalah yang berada dibarisan hadapan. Anda jugalah yang bakal mewarnai suatu perjalanan yang baru dicipta. Tapi anda ingat….. Andai anda yang membuat kesilapan anda pasti akan dikenang sehingga bila-bila”


Kita semua ni mmg dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin. Paling kurang pun memimpin diri sendiri. Kitalah yang akan mencorakkan anak-anak buah dibawah.. Kita umpama otak yang mengawal semua anggota badan.. Anak-anak buah pula umpama anggota badan kita.. walau kecil seperti jari mereka tetap anak buah kita. Saling membantu dan menolong. Bila jadi pemimpin ni semua kena jadi sebab kita ni dah jadi macam role model kepada semua yang memerhati kita. Kadang-kadang payah sangat bila memikirkan perasaan org lain. Sampai ada ketika aku terpikir.. Kenapa aku je yang kena jadi hati org lain. Org len tak penah nak pikir tentang aku. Apa aku nak , apa aku mahu, apa aku pikir. Semua tu selalu berlegar-legar dalam pale otak aku ni.


Aku paling benci kegagalan. Tapi sejak akhir-akhir ni kegagalan la yg selalu aku tempuh. Benar apa yang org katakan kegagalan itu bukanlah sebagai penghujung kepada segala-galanya namun kegagalan itu adalah kejayaan yang tertangguh.. Aku suka ayat tu.. Takde org yg gagal.. Semua nya berjaya Cuma tak sampai lagi je kejayaan tu..


Erm takde dah nak tulis apa dah.. Nanti sambung Balik.. Roger and Out.. Arios…


Wallahualam.. Salam…



p/s: Aku masih rindukan insan itu.. Terlalu manis kenangan ini...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails