Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

08 August 2008

Aku rindu insan itu..

Entah apa ke mende la tajuk ni.. tah le..
Sedih pun ade gak bila dok diam-diam ni..
Aku rindu insan itu..
Rasa macam jauh je insan itu...
Banyak lagi yang aku nak cerita kat insan tu..
Terlalu banyak yg aku kongsi bersama walau singkat perkenalan ini.
Bila pikir-pikir balik... Buat pe nak sedih lebih2..
Insan tu bukan milik aku pun..

Dah jadi macam lumrah ke
hidupan pulak...
Kita hanya menjaga kebajikan orang lain..
Tapi kita abaikan kebajikan rakan sekeliling kita..
Amat payah hendak mengucapkan walau satu ayat pun..
~Sorry~ Maaf~ Terima kasih~ Sayang kamu selalu~
Cukup bersopan bila dilakukan kepada org yg baru kita kenal..
Yang baru hendak berjinak2 dengan kita...
Bila dah dapat apa yang kita hendak mula la kita terasa dia dah tak serasi dengan kita lagi..

Mula-mula rasa sayang... Rindu lebih2.. Dah rapat mula la... itu tak kena ni tak kena..
Minta dijauhkan perkara ini didalam pembinaan rumah tangga aku nanti...
Terlalu la risau sekarang ni... Melihat ramai pasangan yang hendak berpisah..
Salah siapa... Salah diri sendiri yang tak pernah rasa puas dengan sesuatu???
Salah kerana tak pernah rasa bersyu
kur dengan sesuatu perkara?? Atau salah kerana tak pernah nak menghargai perkara yang tersangat le susah nak dicari tu...

Terasa amatlah penat bila mengenangkan banyak perkara yang perlu ditempuhkan..
Andai ini menguji diri aku, aku rela menempuhnya...
Emak selalu cakap.. `Angah lain dari org len.. org len tu len... xbleh ikut cam org len... org len boleh buat apa yg derang nak..` Aku mmg len.. aku malas nak hadapi masalah.. aku taknak menempuh masalah yang memeningkan... mmg aku amik konar baring le bila jumpa masalah ni... kalo bawak moto tu bila kona tu boleh rabak lutut la... Ada yang berkata masalah ni umpama duri yang ada diatas jalan... duri tu bukan sikit tapi banyak.. sampai dah takde jalan.. kalo tak tempuh gak duri tu mmg kita tak dapat nak kuar la.. kira dalam kata len tu.. org tu nak cakap la masalah ni untuk dih
adapi bukan untuk dielakkan... Yup.. aku mmg nak elak... kalo dah takde jalan aku sewa le helikopter.. ekeke...

Selagi masalah itu tidak membebankan sedaya upaya aku hadapinya... seandai masalah tu yang bakal membawa masalah kepada masalah yang ada.. baik aku tolak je masalah tu... Jangan kerana satu perkara yang remeh kita meninggalkan semua perkara yang utama...

Jadilah seperti diri sendiri kerana setiap insan itu ada kelebihan dan kekurangannya... Bukan menghalang kepada penambahbaikkan diri.. namun dah mcm jd trend plak da... bila berubah menjadi baik secara mendadak berubah kembali pun mendadak jugak malahan ada yang menjadi lebih teruk dari itu...

Dah.. dah sampai sini je celoteh dimalam hari... seb
enarnya tgh study Power sok test.. dah boring so menaip plak... keh.keh... doakan setiap apa yang aku lakukan... Yang pastinye aku rindu insan itu... senyuman dan gelak ketawa yg selalu aku elakkan namun ku rindu...



0 Komen:

Related Posts with Thumbnails