Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

13 August 2008

Suratan Atau Kebetulan



Hari ini aku rasa rimas sangat dari semalam dah aku rasa yang kehidupan aku ni rimas… waaa.. nak balik umah… nak balik umah… Mmg nak balik… pasti aku akan balik.. Aku akan pastikan pada 16hb 8 ni aku akan ada dirumah… Kenapa aku macam ni…?? Semuanya keranaNya. Hehe… dah takdir… Org kata berserah kepada takdir dan mmg prinsip aku pun bergantung pada takdir. Namun usaha itu akan mengubah segalanya… Dan apa yang telah diusahakan itulah adalah takdir yang telah ditentukan. Aku tak pasti apa yang aku nak cerita namun moga yang membaca dapat mengambil isi-isi penting.


Sesak nafas aku bila mengenangkan mereka yang mendapat Anugerah Dekan. Tahniah aku ucapkan. Namun apa yg berselirat di lubuk hati aku adalah…. Dengki… jeles… dan geram yang melampaui batas-batas ubi yang dibina. Kerapkali aku pikirkan kenapa bukan diri aku.. Kenapa aku tak pandai.. kenapa org lain boleh.. kenapa.kenapa..kenapa… Sedih sangat.. Yaaaa memang aku sedih… Adakah memang aku ditakdirkan menjadi orang biasa yang mempunyai kehidupan yang biasa, IQ yang biasa dan semua serba serbi biasa.. Aku nak yang luar biasa namun apa daya… IQ aku rendah tak setinggi rakan-rakan yang lain. Daya tahan badan aku pun lemah.. Aku tak mampu bergerak terlalu lasak seperti org lain.. Walau aku masih mengidamkan bermain bola tampar. Aku rindu sukan itu.. Namun tiada potensi diri untuk teruskan.. Takde peningkatan kerana tiada penilaian. Kerapkali juga aku terpikir kenapa aku tak dapat apa yang aku belajar sedangkan masa tempat dan pensyarah adalah sama. Ohh aku…. Ohh Fiza… Apa nak jadi dengan kamu ni…


Minda dan dada akan rasa sesak bila mengenangkan apa yang bukan milik kita. Kepandaian tu bukan milik aku. Sepanjang disini tak pernah konfiden aku datang secara menyeluruh.. Aku rasa plastik.. Yaa mmg plastik … aku adalah pengkritik yang sememangnya hebat.. Hahaha (perasan) namun kerana kelemahan dari sudut akademik aku, aku merasakan aku tidak layak utk mengkritik. Kerana mulianya seseorang itu kerana ilmunya. Aku bukan nak dipandang mulia, namun aku mahu pendapat aku diterima. Konfiden yang ditonjolkan adalah separuh sahaja.. Yang lain semua ditanya kepada hati dan bermonolog sendirian utk mendapat jawapan yang hanya memuaskan hati sendiri. Sehingga aku arasa aku sedang membuang masa bila tidak memberi idea kepada rakan yang lain.


Suatu masa dahulu, ketika aku di Politeknik Ungku Omar, aku akan berasa sesak bila majlis konvokesyen. Aku terlalu dengkikan yang mendapat anugerah pengarah. Aku tahu aku tak mampu dari akademik.. Yaaaa mm aku teruk.. aku gred secantik2 result bagi aku namun tidak dapat merangkul medal emas di majlis konvokesyen aku. Pada waktu tu, yang hanya aku pikirkan adalah aku juga akan naik di pentas untuk mendapat Anugerah Pengarah.. Aku terlalu sedih mengenangkan result aku setiap sem.. Perasaan inilah juga yang berlaku keatas diri aku kini..


Sehingga kini aku terlalu risaukan tentang result aku. Aku yakin dan percaya hanya orang yang busy yang dapat menguruskan masanya.. Aku selalu berkata apa yang telah aku lalui. Aku taknak bercakap tentang apa yg belum aku rasai. tidak tahu mana perit dan manisnya. Yes.. teori mmg terlalu mudah berbanding praktikal. Aku memang susah untuk menasihati org kerana apa yang org tu rasa adalah berbeza dengan apa yang kita pikirkan.. Selembut mana nada suara kita takkan mungkin dapat melembutkn hati yang sedang berduka, marah dan kecewa. Kadang-kadang boleh membawa kepada kebencian yang melampau. Ada sekali aku pergi dengar kuliah. Ustaz tu cakap ada 2 cara untuk mendekati org. Yang aku ingat hanya satu iaitu tarik jiwanya. Marahlah .. makilah.. Pukul la… Buat la apa pun kalau hatinya tidak terbuka untuk perubahan itu sememangnya hati dia takkan berubah. Namun kalau kita tarik dari jiwanya, dia akan merasakan bahawa jiwanya sebati dengan jiwa yang sedang berkata-kata kepadanya. Aku paham perasaan itu, tu pasal la aku yakin utk berkata tentang ini. Tariklah jiwa insan itu sebaik-baiknya.




“Untuk mencapai cita-cita, adakalanya kita perlu mengorbankan sesuatu.. Jangan jadikan kegagalan itu pelemah semangat namun jadikan sesuatu bahan yang boleh menjanjikan kejayaan. Jadikan bahan itu pembakar semangat untuk mencapai cita-cita hidup didunia dan akhirat”




Akhir kalam… Sememangnya hidup itu mudah.. Exam itu yang susah.. Cewaaahh…. Akakak..


Betul la.. Exam tu bukan setakan exam dikuliah namun exam dalam kehidupan.. Terlalu banyak perkara manis dan pahit perlu ditempuhi disepanjang jalan yang berliku-liku ini. Kadang-kadang rasa hendak tersungkur namun gagah juga kaki ku untuk melangkah. Kadang-kadang rasa hilang semangat dan terbang terlalu jauh.. Jenuhku tangkap dan ikat kemas kembali. Hidup ini ibarat roda, kadang-kadang dibawah, kadang-kadang diatas dan kadang-kadang kita akan terpelanting dari roda itu.. Hanya tali yang pada bila-bila masa akan putus itulah yang ada untuk mengikat kita agar tidak terpesong dan terlalu jauh dari putaran kehidupan yang perlu dilalui oleh semua insan. Wallahualam…


Seindah mimpi disiang hati, indah lagi mimpi dimalam hari, Seindah kenangan semalam, mengharum kenangan akan datang.



0 Komen:

Related Posts with Thumbnails