Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

28 October 2008

++Aku Dah Gila??++

Entah la... Rasanya macam betul aku dah gila..
Tah la.. Kadang-kadang aku buat apa yg aku tak sedar..
Dah beberapa tahun aku buang sifat panas baran aku..
aku dah lama tak maki orang...
aku dah lama tak hempas2 barang..
aku dah lama tak rasa macam nak meletup selalu..

dulu mmg sampai famili aku pun tahu...
Menyebabkan aku mmg takkan dibiarkan panas...
Walau sekarang ni adik aku selalu membangkitkan..
"Kak Ngah selalu gunakan keganasan untuk dapatkan sesuatu.."
Memang betul... dari dulu aku panas baran... sampai semua diam ngan sikap aku..

Sejak masuk poli aku dah lama jadi orang yg KEWL... (BAk kata SaraH ..AkakaKa)
aku akan bertolak ansur dengan apa jugak orang cakap...
Aku akan timbang dulu apa yang orang cakap..

Tapi sekang... aku dah jadi GILA.....
GILA tahu tak GILA...
Semua ada....
Sakit hati... Benci.... Marah.. Dendam...
Tak payah tanya laa.. KENAPA..
tapi aku tetap pendam dalam hati..
Yang mengambarkan hanya perbuatan aku je..
Memang... aku akan hempas barang...

Abes la.... Baran aku dah datang balik.....

4 Komen:

Al Fakir Ibnu Ahmad said...

Apa benda yg awak dk mengarut ni, meluahkan keburukan diri dalam blog bukan lah suatu langkah yg baik. Melainkan menceritakan keburukan lalu yg anda telah ubah. Kalau setakat menceritakan perkara buruk, ini bkn lah jalan penyelesaian. Lebih2 lg anda berpewatakan seorang muslimmah yg sejati. ini boleh menimbulkan fitnah kepada islam, saya cadangkan artikel ini dibuang dari blog. Tak sesuai mempamerkan nya kepada orang ramai.

pamerkan islam itu indah, baik.
Lebih2 lagi anda orang yg telah ditarbiah dgn baik.

Kalau anda masih tak mampu untuk berubah, itu masalah peribadi anda. Kalau anda gagal, maknanya anda telah membawa diri anda kelembah yg tidak baik, kalau anda berjaya, itu adalah rahmat dan kurnia dari ALLAH.

Jangan biarkan Islam terfitnah disebabkan angkara kita.

Hafizah said...

Memang tengah mengarut...
Dan bukan bermakna nak mencerita keburukan diri semata-mata hanya nak menampakkan yang terindah diluar..
Sebab BUKAN KADANG-KADANG kita kena tengok sifat buruk yang kita ada.. Sebab SELALU kita hanya tgk yang terbaik je.. sehingga merasakan diri ini yang terbaik dan orang lain salah.. Macam mana nak dekat dengan orang lain kalau dah ASYIK RASA DIRI NI YANG TERBAIK.. BILA DAH TAK BOLEH NAK MASUK JE DENGAN ORANG TU TERUS TINGGALKAN.. CONTOH HIDUP BANYAK... NAIK MUAK...

BILA RASA KELAB TU MACAM TAK BAGUS BARU BERAPA BULAN MASUK TERUS NAK LETAK JAWATAN .. HANTAR MSG JE PULAK TU... TU NAMANYA NAK SENANG...

Huh dah merepek lagi...
Mungkin ini yang terburuk org nampak kat saya...
Tapi ni LAH SAYA.
HAFIZAH RAHIM...

Al Fakir Ibnu Ahmad said...

Kalau macam tu, baik anda duk menagis sorang2 atas sejadah, tu lagi baik daripad duk bercerita macam ni,

just pendapat saya

Hafizah said...

Okeh... thanks a lot for your pendapat...
And also thanks sebab melawat blog ini..

Itu memang yang patut sebagai seorang muslim...

Related Posts with Thumbnails