Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

09 October 2008

++Aku Yang Ditarik Nikmatnya++

`Aku yang ditarik nikmatnya`

Sedih dan pedih rasanya bila ditarik nikmatNya dari dari kita ini. Adakah aku yang ditarik nikmatNya. Nikmat berukhwah, nikmat berprogram dan pelbagai nikmat lagi.

Tak tahu kenapa tergerak juga hati nak menulis. Walau sekarang ni waktu untuk tidur kerana esok kelas pukul 8 pagi.

Teringat dahulu kala, dimana nikmat Iman baru dikecapi. Terasa bagai dilahirkan kembali dan mahu semua yang ada disekeliling bersama-sama berjuang. Semua perkara dibuat dengan bersungguh-sungguh niat semua kerana Allah SWT.

Bergerak dalam kumpulan yang mantap. Teringat kembali… merasakan diri amat bertuah dikurniakan sahabat yang memahami dan mengambil berat. Walau berlainan kos tetap dengan satu tekad. Saling membantu dan study sama-sama. Malam-malam pergi library study sama-sama. Yang senior bakal grade berguling-guling tak nak tinggalkan apa yang ada. Ingat lagi Kak Syi jadi udang sebab sayangkan Kamsis.

Tersenyum aku terkenang kisah silam.

Semua masalah dikongsi bersama. Dari yang kecil sampai yang besar. walau kadangkala ada terasa dihati namun ukhwah tetap dijaga.

Bersama-sama melahirkan rasa sedih bila terdengar dan mengetahui sahabat-sahabat yang kecundang ditengah jalan. Bersama-sama sedih bila mengenangkan dahulu sahabat tu berjuang bersama namun sekarang sudah hilang tudung labuhnya, sarung kakinya entah kemana. Waktu tu hati sering bertanya kenapa.. kenapa boleh jadi begini..?? Sedangkan semua sudah memahami.

Ya.. Kini aku tahu.. Aku tahu kenapa mereka begitu. Berubahnya hati bila berjauhan. Menjadi insan yang lain dari fitrah yang amat payah dikecapi.


Akukah yang ditarik nikmatNya…??

Memang terasa akulah orang yang ditarik nikmatnya. Aku tidak merasa manisnya bersama-sama. Kerana apa. Inilah kejutan dan takdir. Aku tak salahkan takdir kerana itu bukan kehendak aku.

Kerana apa aku tidak berani berkata sesuatu yang sukar aku lakukan.. Kerana ini.. Kita tak tahu bila nikmat kita ditarik balik. Kita tak boleh mengata tentang orang lain . Kita tak tahu bila mende ni nak jadi pada diri kita.


Ya Allah.. Benarkah aku yang di tarik nikmatnya..??


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails