Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

07 October 2008

++Psikologi++

Tiba-tiba terkenang kenangan waktu pergi program Pusat Kaunseling UTHM..

`Take Charge`

Jadi dikesempatan yang ada ini saya nak bercerita sikit tentang psikologi... Saya taklah berapa pandai dan dah ada pun yang terlupa...

Ok hari ni kita nak belajar bagaimana nak tengok cara pemikiran kita..

INGAT kembali apa yang anda buat pada minggu lepas pada pukul 4.30 petang..

PAsti berkerut-kerut dahi mengingatkan kembali apa yang telah dilakukan...

Ada pelbagai cara orang berfikir. Yang saya ingat adalah 5 cara iaitu visual,audio , kinestatik , sentuhan dan monolog

Yang pertama : VISUAL

Orang yang mempunyai daya pemikiran cara visual lebih banyak berfikir menggunakan imbasan visual didalam minda nya.

Kebanyakan orang visual ini bila dia berfikir matanya akan memandang ke atas .. Seolah2 sedang melihat gambarrajah yang ditayangkan diatas kepalanye.. Hehehe.. Tu yang nak gelak bila tengok org tgh berfikir.

Ramai orang yang mempunyai daya pemikiran visual ini. Cara percakapan orang visual adalah ia nak orang yang dicakap tu pandang dia tak pun dia yang pandang orang tu.

Yang Kedua : Audio

Audio.. audio ni berkaitan dengan bunyi. Orang audio ni dia boleh berfikir hanya dengan mendengar sahaja. Dengan orang macam ni tak payah la nak mengharap dia pandang muka kita kalau dia sedang bercakap.. Rasa macam tgh cakap dengan batang pokok.

Selalunya yang ada cara audio ni lelaki. Tu sebab orang cakap lelaki ni adalah pendengar yang baik.. boleh je tolong kita.. Tapi tak semua lelaki patut dipercayai..

Kebanyakan orang audio ni dia mempunyai suara dalam.. Bila bercakap tu rasa macam cakap dalam gua .. HAhahahahaha.... Macam dalam kelas ada sorang ni... Si Idham memang suara dia macam tu... Hahahaha... Sori idham aku kutuk ko....

Yang keTiga: kinestatik

Kinestatik ini berkaitan dengan gerakan. Kita boleh lihat orang kinestatik ni bila berfikir dia mesti mengoyangkan sesuatu.. kalau ada pensel di tangan dia maka digoyangkan pensel tu.. macam2 laaa.... hehehe....

Yang KeEmpat : Sentuhan

Ni yang rimas ni.. ada yang dapat berpikir bila dia bersentuhan.. Orang macam ni bila bercakap dengan kita mesti nak pegang2 kita.. ada je la yang nak disentuhnye... Haiyer...

Yang Kelima : Monolog

Orang ni bagi saya sangat bahaya.. sebab dia lebih banyak bermonolog dengan dirinya sendiri.. sebagai contoh.. Bila di ada masalah dia takkan tanya pada orang lain namun ditafsir dan diselesaikan oleh diri sendiri... Kalau tersalah tafsir macam mana???

Okeh.. sampai sini je sesi kaunseling kita ehh... Nak tido plak.. Satgi ada kelas POwer...


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails