Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

07 October 2008

++Graf Usia++

Salam..
Apa yang hendak dikongsikan hari ini adalah berkaitan dengan graf usia kita..
sebenarnye graf usia ni lebih mudah difahamkan dengan gambar rajah.. namun aku malas nak mendesign..


Graf usia ni gunanya untuk kita lihat perjalanan kita di samping dapat menambah motivasi diri anda. Ok di sini aku membahasakan diri sebagai saya. Kerna ia nampak lebih rapat dan lebih sopan.


Apa yang kita perlukan disini adalah sehelai kertas kosong.. Bahagikan kepada dua bahagian dimana bahagian atas adalah bahagian kejayaan, kebahagian, keseronokan dan semua yang indah. pada bahagian bawah adalah bagaian yang mengambarkan kegagalan, kesedihan,kematian dan apa yang sedih.


Pada paksi x labelkan usia anda sela nya adalah 5tahun.. Macam gambar kat bawah ni..





Graf usia ni kita lihat dari usia kita berusia 0 tahun lagi. Dimana kita masih berada didalam kandungan ibu kita.


Ni sebagai contoh la.. tentang kehidupan saya...Di sebabkan ni contoh saya guna dari usia 22 tahun. contoh nya dalam range 22 -25 tahun ni apa agaknye yang akan berlaku. Hanya anggarkan je.. sebab nak tengok apa yang terjadi tak kisah la ia jadi atau tidak sebab semua yang berlaku adalah perhitungan Allah SWT.


Dalam range ni saya rasakan yang saya akan grade dari UTHM ni so gariskan satu garis ke atas ke arah bahagian kejayaan kita. Semakin panjang garisan tu bermakna semakin bermakna peristiwa tu kepada kita. Ok pada range ini juga saya harap akan bertemu dengan jejaka pilihan so gariskan lagi satu garisan keatas.. Dan pada range ni juga saya akan merasakan tahap gile yang tinggi kerana perlu menempuh PSM utk grade.. So bila mende ni negative gariskan kebawah... ke bahagian kegagalan kita.


Ok pada range 26-30 tahun plak... ok pada range ni target saya adalah bekerja pada jawatan yang diimpikan so garis atas lagi.. pada range ini juga saya nak mendirikan rumah tangga dengan jejaka impian saya(Insan itu la sape lagi hehehehe). Gariskan semaksimum mungkin kerana itu adalah kebahagian saya..


Ok mesti ada yang tanya kalo kita sendiri yang tetapkan mesti segalanya yang indah. kat sini kita perlu memikirkan apa yang tidak kita mahu ia berlaku.. walau lari macam mana pun kita takkan menempuh kebahagian sepanjang masa.. Kerana kehidupan ini bagaikan roda.. kadangkala dibawah dan kadang kala diatas.


Yang pada range2 yang lain tu buat la sendiri... cubalah kerana bila kita ada graf usia kita ni kita akan tabah menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku..


Sekian.. maaf dipinta kalau tidak sesuai dengan cara anda masing2 kerana saya bukan la motivator yang bertauliah dan tidak berpengalaman...


Perancangan manusia memang cukup sempurna namun perancangan Allah SWT lebih sempurna dan Dia maha mengetahui.. Segala takdir yang berlaku adalah datang dari Dia.. Untuk menguji hamba Nya yang sering alpa dan leka..


Iman manusia ini senipis rambut dan akan berubah2 pada bila2 masa dengan kehendakNya.. Pada paginya beriman berkemungkinan pada petangnya ditarik balik imannya...


Ya Allah janganlah Kau bolak balikkan hati hambaMu ini Ya Allah... Amin...



0 Komen:

Related Posts with Thumbnails