Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

27 November 2008

++Cinta++

**Artikel Dipetik dari Emel yang diterima dr Dr Inspirasi**


Salam sejahtera,
Pada hari ini saya ingin menanyakan satu soalan. Soalan yang sedikit jiwang bunyinya. Tetapi memberi maksud yang mendalam. Tarik nafas dalam-dalam dan berfikir. Sudah bersedia? Soalannya berbunyi,


”Adakah cinta memerlukan sebab? ”


Dah fikir? Apa jawapan anda? Apa sebab anda? Sebelum anda membuat sebarang kesimpulan, apa kata kita hayati cerita di bawah.


Sepasang suami isteri sudah lama berkahwin kini berbulan madu untuk kali ke-2 di Pulau Pinang. Ketika mereka berjalan di tepi pantai menghayati panorama matahari terbenam, mereka pun berhenti di sebuah bangku yang telah tersedia. Si isteri teringat satu persoalan yang terpendam selama ini, lantas ditanya kepada sang suaminya.


Isteri : Abang, sudah lama saya pendamkan soalan ini tetapi hari ini saya ingin bertanya. Apakah sebab abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Nak ikutkan apalah yang ada pada saya. Dahlah kampung masing-masing jauh. Nak balik raya pun susah.
Suami : Emm.. susah nak terang tu, tetapi percayalah abang memang menyayangi dan mencintai sayang. Ia sukar untuk diceritakan dan digambarkan.
Isteri : Mengapa abang tak boleh terangkan sebabnya? Mustahillah bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak tahu sebabnya.Setiap perkara mesti ada sebabkan.
Suami : Betul, abang sendiri pun tak tahu sebabnya. Tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang. Abang akan usahakan untuk membuktikannya.
Isteri : Tidak, saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Tahu tak saya cemburu melihat kawan-kawan saya yang lain. Mereka mempunyai suami, semuanya tahu mengapa mereka dicintai. Tetapi abang pula tidak boleh terangkan sebabnya. Abang memang tak cinta saya? Tulah sebab abang tidak tahu sebabnyakan?


Si suami tersentak dan kemudiannya dia berkata untuk melembutkan hati isteri kesayangannya.

“Baiklah, dengar ini. Abang mencintai sayang sebab paras rupa sayang menarik dan lawa, sayang mempunyai suara yang lunak dan lembut, penyayang dan paling penting sayang selalu mengingati abang. Abang suka melihat sayang senyum sebab ianya sangat manisdan abang sukakan setiap tapak sayang melangkah. Itulah cinta abang.”


Si isteri tersenyum riang mendengar jawapan tersebut. Dia sangat berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Hasratnya berjaya. Hendak dijadikan cerita, selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan. Kemalangan tersebut telah menyebabkan sang isteri koma dan terlantar di hospital.
Si suami sangat bersedih. dia teringat kisah ketika mereka bercuti di Pulau Pinang. Lantas ditarik sehelai kertas untuk dicoretkan sepucuk surat kepada isterinya. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital yang sedang terlantar koma.


“Sayangku, jika disebabkan suara aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu lagi? Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu lagi.Jika disebabkan setiap langkahan aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintai mu. Wahai sayangku,jika cinta memerlukan sebab, kini bermaksud aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Kasihku, adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,dan isnyaAllah selamanya dan cintaku tidak perlu ada sebab. Ketahuilah cinta merupakan perkara yang cantik dan baik. Kadangkala benda yang cantik dan baik di dunia tidak boleh dilihat, tidak boleh dipegang dan tidak mempunyai sebab. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”



"Kasihku tetap dengan dirimu walau dikau sudah tiada"
Chewaahh... AYat Jiwa2...

Tamat


Terharu bertambah sedih aku membaca artikel pendek ini.. Dapatkah aku cinta yang sejati begitu.. Aku tahu cinta sejati itu milik Yang Esa.. Namun kasih sayang antara makhluk pun aku perlukan.. Aku juga insan biasa yang inginkan kasih dan sayang.. Mampukah aku menyayangi dirinya kerana tiada sebab aku menyukai dirinya..


2 Komen:

~ said...

sy suka artikel ini, so nice.

Unknown said...

to ~ said

biasalah artikel yang dicopy and paste sememangnya artikel yang so nice..

Related Posts with Thumbnails