Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

01 December 2008

++Pacuan Minda++

Cuti ni mmg best .. Dok umah... Namun kadang2 terasa bosan...

Ingat lagi tak.. Waktu kita tgh Final aritu...

Pale otak asyik pikir ak balek je...

And mcm2 plan yg telah diatur..
Nak buat itulah.. nak buat inilah..

TAPI...

Bila kat umah... satu apa pun tak jadik... Tido ada la..

hehehe...

KENAPA...

Inilah yang nak saya kupaskan...

PACUAN MINDA
Sumber Dr Inspirasi


“ Manusia dikurniakan emosi dan pemikiran rasional.
Tetapi kebiasaanya, manusia lebih cenderung
memilih sesuatu berdasarkan emosi.”


Jika mahu berjaya manipulasikan emosi anda.Sebabnya manusia ini pelik. Manusia bukanlah bertindak berdasarkan rasional atau logikal, tetapi kebanyakkannya adalah berdasarkan emosi.
Cuba kita imbas kembali. Apa perasaan anda ketika emosi anda sedang marah. Anda takmahu menyiapkan tugasan yang ditugaskan walau anda tahu anda perlu menyiapkannya juga kalau tak kena marah..
Katakan juga anda bersedih ketika anda berada dengan orang yang anda tidak rapat. Anda akan bercerita juga dengan dia walau anda tahu ia tak perlu.
Lihat sahaja kejayaan yang berlaku disekeliling. Kebanyakkannya juga dipacu oleh emosi. Emosi yang membara untuk menggengam kejayaan menyebabkan mereka berusaha keras.
Hiasilah kejayaan anda dengan ilmu , warnailah ia dengan kenangan, sulami ia dengan semangat yang tidak pernah padam.....
p/s: Fizah jadi malas bila kat rumah... Malas nak berfikir dan menaip.. Kalo boleh nak alat yang kita cakap je terus boleh taip dalam pc...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails