Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

01 May 2009

++ Pendidik Mendidik Anak Didik YG tak terDIDIk++

KUALA TERENGGANU - Seorang daripada tiga pelajar perempuan berusia 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di Chendering di sini pitam dan mengadu pening kepala selepas mendakwa dipukul di kepala dan leher oleh seorang guru kelmarin.Pelajar terbabit, Nur Syakira Roslan Afendi mengadu pening kepala dan pitam untuk tempoh beberapa jam sebelum dibawa pulang oleh ibunya.Dua rakannya, Noorsyafina Sulong dan Zurnie Anissa Setapa pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Guru lelaki yang mengajar subjek Sejarah itu didakwa bertindak memukul ketiga-tiga pelajar terbabit kerana menyangka mereka tidak memberi perhatian di dalam kelas selain tidak menyiapkan tugasan yang diberi.Menurut Nur Syakira, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi ketika mereka sedang mengikuti kelas mata pelajaran Sejarah di sekolah tersebut."Saya terkejut apabila guru lelaki itu bertindak secara melulu dengan memukul kepala dan leher saya kerana menyangka saya tidak menyiapkan nota yang diberikannya," kata Nur Syakira ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Ikan dekat sini semalam.Nur Syakira memberitahu, pada awalnya guru di sekolah tersebut tidak membenarkan dia menghubungi keluarganya.Bagaimanapun, mereka terpaksa memanggil ibu Nur Syakira ke sekolah selepas menyedari keadaannya yang masih tidak stabil sebaik tamat waktu persekolahan.
--------------------------------------------------
Bila ak terbaca keratan akhbar ni.. Aku jadik jelek dengan remaja zaman kini..
Ni mungkinlah sebab pelajar ni dah nak pitam..
Ni tak baru kena rotan tapak tangan dah heboh semua akhbar keluar..
Bila nak mengajar budak2 mcm ni..
nak kena dibelai ke bila buat salah...
Ala sayang2 elok buat mcm ni...
Buat la lagi...
Nak jadi apa pelajar ni..
Aku semakin benci dan menambahkan kebencian aku untuk menjadi seorang pendidik...
Bukan aku tak tahu betapa mulianya seorang pendidik..
Tapi masa kini pendidik sudah dipandang sebagai seorang pengasuh..
Mak Bapak pergi keje hantar anak mereka kesekolah hanya untuk dijaga sahaja...
Bukan di ajar..
bila anak2 ke rotan atau sesuatu yang melenting siapa..??
Mak.. xpun Bapak... Melenting bukan saja2..
NAk masuk jugak dalam paper... Hei bapak...
Ingat anak ko je ke nak kena ajar..
Dah kalo kuang ajo... Kena la diajo...
Menyampah aku weehhh.....
--------------------------------------------
Teringat aku ketika zaman sekolah aku dahulu...
Mcm2 denda yg akan diberikan oleh cikgu kalau kita tak menyiapkan tugasan yang diberikan... Ada yang satu kelas kena jalan itik...
Ada yang kena ketuk ketampi sampai xboleh jalan pastu...
Diam je... BErjaya jer... Xmati pun..
Mau x cepat mati budak2 sekang..
MEnde lasak sket je dah mengaduh2...
----------------------------------------
Sekarang ni sibilus matapelajaran byk yang sudah dipermudahkan...
Menyebabkan ramai pelajar pandai tumbuh mcm cendawan..
namun masih ada juga yang keciciran..
Inilah dinamakan jurang... Setahu aku...
Bila akan terbitnya jurang disinilah tanda2 awal bagi sesebuah pasca moden..
-------------------------------------------
Adakah kini negara ku mula mahu kembali kepada zaman pasca moden.. KErana karenah generasi yang kian manja kini.. Kena setempek selut pun sudah muntah dan koma seminggu.. Belum disuruh meredah paya.. Mahu koma sebulan....
----------------------------------
Kerna inilah aku tidak bercita2 untuk menjadi seorang pendidik...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails