Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

17 August 2009

++Misteri++

Salam..
Bila berkata tentang misteri dan mistik pasti kita terkenangkan sesuatu yang menyeramkan dan menakutkan...
Ramai antara kita yang berpeluang merasai pengalaman misteri kan..??
Di sini aku tiba2 je hendak menceritakan tentang pengalaman yang aku dan keluarga alami..

Peristiwa ni ak tak ingat la bila berlaku..
Waktu tu sepupu aku kat Felda Chini Pahang mau kawen..
So aku satu famili plan la nak pergi sana...

Korang tahu2lah kan kalau dari perak nak pergi pahang mesti kena tempuh jalan Genting Highlands... Tapi ada lagi satu jalan iaitu Jalan Bukit Fraser...

Nak di jadikan cerita.. Famili aku bertolak pada tengahari hari jumaat.. Singgah sebentar di Sungai Siput sebab abah n adek2 ak nak semayang jumaat.. Usai sembahyang, bertolaklah kami sekeluarga. Setiba di persimpangan Kuala Kubu Baharu.. Entah bagaimana abah aku telah tersalah masuk jalan... Namun diteruskan jua... Maka kami memilih jalan Bukit Fraser untuk ke Pahang.. Disebabkan abah aku selalu membawa kereta selaju 80km/jam maka amat slow la kitaorg.. Jalan Bukit Fraser tu berliku-liku... berpusing-pusing.. dan kurang kereta lalu... laluannya pula adalah di sebelah gunung dan gaung...

Masa tu dah nak maghrib.. Senja la katakan... Matahari hampir tenggelam... terlihatlah batu tanda ke bukit fraser adalah 10 batu lagi... Kereta Toyota Unser bapak aku terus meluncur laju.. Terdapat buluh2 yang patah di tepi2 jalan.. Dan plastik biru yang mengcover tanah runtuh di lereng bukit.... Jam pula menunjukkan hari semakin senja... Kereta terus meluncur berpusing-pusing mengikut laluan yang disediakan...

Tanpa di duga dan ak sedar... Sekali lagi batu tanda yang bertulis 10 batu dihadapan kereta kami... buluh dan plastik biru tu pun tetap sama... fikir aku JKR pahang tersalah cacak batu yang sama.... mana lah aku tahukan.... Kejadian yang sama berulang2 sebanyak beberapa kali... Sehinggalah adek aku.. Sarah menjerit... " Eiii sampai bila batu tu nak tulis 10 je ni.. bila nak sampai ni..." barulah aku satu famili tersedar... kami telah membuat pusingan di tempat yang sama sahaja... Meremang sekejap bulu rume aku.. Eiattt.. Tegak bulu telinga aku... Baru le semua bersuara.. Ha`a kenapa sama je tempat ni.... bila nak sampai ni.... Lepas ditegur barulah suasana berubah... sekeliling mula berubah dan batu tanda mula mengira... 9... 8..... dan seterusnya.... Adoya... dah kena dah ak satu famili....

Ingatkan sudah berakhir.. namun semua jangkaan meleset... Tiba2 jalan kami berubah... Dari ada line putih di kiri kanan.. terus menjadi jalan tar biasa.... jam br menunjukkan jam 7 malam.. tapi suasana terlalu gelap.. seperti terlalu lewat... Jalan kami berkabus... mungkin kerana jalan itu panas... Untuk menyedapkan hati abah aku bercerita.. Kita sedang merasai perasaan di zaman sebelum merdeka.... rumah di tepi jalan juga terlalu pelik... Rumah2 kampung yang terletak jauh antara satu sama lain... rumah nye gelap... namun ada cahaya kecil yang datang dr tengah2 rumah. Tiba2 ternampak sebuah kedai makan... Kedai yang terlalu klasik... BEratapkan rumbia... berdindingkan buluh.... TErdapat beberapa orang sedang menjamu selera dan empunya kedai yang mengantungkan endoi di kedainya... hanya pandangan imbas kami sekeluarga memandang.. surau juga terletak di lereng bukit.... dan ternampak jemaah yang sedang menunaikan solat... Semua terdiam dan terus diam....

tiba-tiba telefon mak aku berbunyi... Rupanya Cu aku menelefon... Ditanyakan lokasi kami berada terus terdiam.. Hanya pesanan supaya cepat keluar dan cari jalan besar sahaja yang didengari... Dalam hati terus bertambah cuak... Cuak beb... Tidak lama kemudian barulah kami jumpa dengan jalan besar... Ternyata perasaan lega itu hadir didalam jiwa masing-masing... Dan perjalanan kami kembali tenang....

Setiba2nya di rumah sepupu aku.. jam sudah menunjukkan jam 2 pagi... Ternyata itulah perjalanan yang paling lama pernah kami lalui untuk ke Pahang. Di jadikan cerita... Sepupu aku bercerita... Orang2 di sana pun dah tak pernah nak guna jalan yang kami lalui untuk ke Pahang...

Hurm.. Camne... Seram tak.... Citer ni betul tau
aku tak tipu... Ini sirius....

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails