Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

25 August 2009

++Musfirah mengamit kenangan Ramadhan++

Musfirah yang mengamit kenangan Ramadhan bersama-sama..Semalam aku terbaca status YM Mushashi di list YM aku.. Kalau tidak salah aku rindu puasa di kamsis '06.. Aku msg bertanya kan dengan siapa ya waktu tu... Terus katanya dengan kamu lah... Kamu mmg mengamit kenangan kelmarin.. Betapa rindunya aku pada saat itu.. Kenangan di Kamsis Blok A di bilik besar..

Ohh... Ya.. Semestinya kamu terkenangkan kenangan itu.. KErana sama-sama kita ke kafe untuk membungkus lauk bersahur... Hanya dengan beberapa ringgit sudah mampu mengisi 6 perut.. Teringat ketika bertolak-tolak untuk menyediakan persiapan sahur...

TErkenang kepada kamu pula Adila.. Liat-liat kamu bangun masih boleh celik ketika mahu makan.. Rindu juga aku mahu makan di dalam talam bersama kalian.. Tak mungkin kenangan itu akan berulang kembali..

Kak Suri.... Hurm.. apa khabar kamu pula... Lama sudah tidak mendengar khabar kamu.. Ohh sedang bekerja ya... Harap terhibur membaca coretan kenangan ini....

JuLi... rindu pada ayat kamu... Akak Niii.... Kamu juga bagai mana yaa... Sihatkah kamu.... Ingatkah lagi kamu kepada aku... Mudah-mudahan kenangan indah kita masih tersemat di ingatan kamu...

Aishah.... Banyak kenangan yang telah tercoret bersama kamu... dari semester satu sehingga ke akhirnya... BErmula perkenalan di ulu chepor... Rehlah.. Sehingga kini aku masih ingat kenangan bersama kamu.. Walau kadang kala kita berlainan pendapatan tapi akhirnya kita tetap bersama... ohh.. Yaaa.. teringat dengan masakan ibunda kamu... Apa khabar bonda kamu... Setiap kali selepas terawih pasti kamu akan berjumpa dengan abang kamu untuk mengambil makanan yang di bungkus oleh bonda kamu... Makanan itu jugalah yang mengisi perut ini ketika bersahur bersama...

Teringat lagi ketika kita membeli roti manis dan di makan dengan sup... Hehehe.. Sup selalu sejuk.. Tapi di gagah juga diri ini untuk menelan ia.. Walaupun pahit ketika itu namun kini ia terlalu manis untuk di kenang...

Berlinang air mata bila teringat akan kalian.. Mungkinkah apa yang terjadi dulu boleh di ulang kembali... Aku Rindu Kalian...


Air mata ini tidak dapat di bendung lagi.. Mengalir bersama kenangan mengenangkan kalian.....

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails