Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

28 February 2010

Cerpen : Part II : Kau Milikku


Sambungan daripada Cerpen :Part 1 : Kau Milikku
~~~~~
Seminggu peristiwa perkenalan secara langsung dengan Imran berlaku. Hari ini aku tersenyum dan tersengih sendirian. “Akukah hari itu, lancarnya aku berkata-kata” terlintas dihati aku dah macam program keluarga sakinah pula selepas akad nikah walhal baru pertama kali bertemu. Kerana seminggu aku berfikir jelas dan nyata memang benar pilihan aku.
Sejenak aku berfikir. Beruntung sekali aku ditakdirkan dipilih oleh seseorang yang begitu sempurna kehidupannya dimata aku. Namun beruntungkah Imran apabila ia memilih aku? Memang benar tanggungjawab suami membimbing isterinya ke jalan yang diredhai. Namun layakkah aku. Ya.. Ternyata mulai saat ini dan ketika ini aku perlu berusaha berubah menjadi seorang insan yang berguna dunia akhirat.
Tiba-tiba lagu Cinta Pertama Far East berkumandang dari handphone aku. Sambil menepuk dahi. “ Alamak macam mana aku boleh lupa, aku dah janji dengan Rina nak pergi jogging petang ini” Melompat aku dari katil terus bersiap-siap. “ Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku dan memberiku rezeki dengannya tanpa daya dan kekuatan dariku” Selesai membaca doa memakai pakaian terus aku mengenakan t-Shirt dan seluar track ke tubuhku. Sambil dihati menyanyi-nyanyi girang.
Aku lengkapkan pakaianku dengan tudung yang dilabuhkan untuk menutup dadaku. Sambil melihat cermin terungkap dibibirku “ Ya Allah, engkau telah mencantikkan rupaku, cantikkan juga akhlak ku.” Ku lihat diluar jendela ternyata Rina sudah lama menungguku. Hehehe... Cantik sekali sahabatku ini, secantik itu jugalah akhlaknya. Aku ingin menjadi seperti dia, namun aku bukan dia.
Setelah penat berlari-lari anak bersama Rina. Akhirnya kami hanya berjalan sahaja. Tiba-tiba aku bersuara “Rina , kamu nak tahu tak..?” Rina cuba memandang dan mendongakkan kepalanya sahaja. “ Aku dah jumpa dah Mr Right aku.. Hehehe..” Terhenti langkah Rina terus berkata “ Dila jangan nak cakap Mr Right Dila tu adalah abang café tu” Rina berkata sambil tertawa. Menjerit aku terkenangkan abang café di kolej kami. Memang aku selalu mengajak Rina makan di café semata-mata kerana aku mahu melihat abang café yang terkenal dengan rupa parasnya. “ Bukanlah Rina, itu buat cuci mata sahajalah. Aku rasa kamu kenal dengan lelaki ni. Imran” Jujur sahaja aku berkata kerana Rinalah satu-satunya sahabat yang sering bersamaku dikala aku senang mahupun susah. “ Imran..! aishh.. macam pula Dila boleh berkenanan dengan si Imran ni. Tak pernah pun Dila cerita kat Rina?” Terus aku menceritakan apa yang telah berlaku minggu lalu.
Rina tersenyum sahaja mendengar aku bercerita. Di dalam hati aku berkata mesti Rina teringatkan peristiwa dia dilamar oleh lelaki pilihan hatinya. “ Hehe, kalau macam ni nanti Rina kahwin Dila kenalah jadi pengapit Rina ambil berkat”. Gembira tidak terkira aku mengenangkan yang Rina akan mendirikan rumahtangga selesai sahaja kami menamatkan pengajian dikolej. Tunang Rina adalah pensyarah dikolej aku belajar. Seingat aku Rina tidak selalu berjumpa dengan tunangnya walaupun duduk berhampiran.
~~~~~
“Dila, bersabar ye Dila. Aku baru tahu berita ni tadi. Aku terlewat sedikit” Tiba-tiba lamunan aku terhenti disapa suara yang kukenali. Terpandang sahaja wajah Rina, hatiku bertambah sayu. “ Rina, dia dah tiada. Dia dah tinggalkan aku untuk kembali kesisiNya” Terus aku memeluk Rina dan teresak-esak. Didalam hati aku pasrah. Namun kenyataan yang pahit ini belum boleh aku telannya lagi.
~~~~~
**Bersambung lagi.. Ades.. KEring dah.. Kering dah…**
Kalau nak baca lagi tunggulah yer... Minta maaf andai isinya bukan seperti yang dijangkakan.. I`m just a new beginner... Sedaya upaya kuselitkan apa yang patut didalam kehidupan nyata.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails