Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

01 November 2009

++Seruan Haji++


Hari ini aku pergi menziarah lecturer aku yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah..
Ada la sikit jamuan...
Waktu makan kawan-kawan aku berseloroh meminta lecturer aku berdoa untuk dipermudahkan segala urusan..
Puan aku hanya menjawap..

Di Tanah Suci Mekah pelbagai doa InsyaAllah diperkenankan..
Namun sepatutnya kita mendoakan segala kesenangan di Akhirat kelak..
Nak mendoakan kesenangan di dunia boleh... Tapi biarlah setelah segala doa untuk akhirat kelak diselesaikan..

KErana ... akhirat itu pasti.. Dan selama-lamanya...
Dunia ini hanyalah sementara.. Seperti orang yang dahaga lantas meneguk seteguk air... Nikmatnya hanya dirasa sementara sahaja... Purata usia manusia adalah 60tahun... Sedangkan akhirat kelak selama-lamanya...

Puan juga mengatakan manusia yang terakhir meninggal setelah akhirat akan menunggu selama 5000tahun sebelum ke padang masyhar...( kalau salah tlg betulkan.. Bukanlah arif hanya mendengar dan menyampaikan sahaja) Di padang masyhar pula berapa ribu tahun kita menunggu... Hendak di hisab lagi... Itulah kehidupan abadi...
Bila mendengar segala yang diperkatakan timbul rasa insaf.. Tapi sampai bila insaf tu... Melangkah sahaja kaki keluar terus lupa segalanya...

Puan juga menyatakan mula-mula kerja perkara pertama adalah.. Mendaftarkan diri untuk menunaikan Haji... Rezeki awal atau lambat segalanya ditentukan oleh ALLaH SWT. Jangan merasakan diri terlalu muda dan belum sampai seru lagi untuk menunaikan HAji... Puan menyatakan.. Seruan haji itu bukannya belum sampai.. KErana seruan Haji telah dilakukan ketika kita di alam Roh lagi... Andai sekali Roh kita menyahut seruan itu maka sekali lah kita akan menunaikan Fardhu Haji... Seandainya Roh kita menyahut berkali-kali seruan itu InsyaAllah berkali-kali kita akan menunaikannya.. Namun usaha untuk mencapai matlamat itu yang penting.. Kita yang kena berusaha kerana rezeki itu milik Allah ..

Sedikit Sirah.. ( kalau salah sila betulkan)
Seruan Haji telah bermula ketika Zaman Nabi Ibrahim as. Allah SWT memerintahkan baginda untuk menyeru seluruh umat manusia mengerjakan Fardhu Haji di Mekah.. Namun baginda menyatakan " Bagaimana Ya ALLah aku mahu menyeru seluruh umat manusia untuk menunaikan Fardhu Haji aku sudah tua" Allah menjawap.. " Kau hanya menyeru manusia menunaikan haji untuk sampai kepada semua manusia itu urusan aku " Nabi Ibrahim menyeru seluruh umat manusia dan seruan baginda telah dibawa ke langit ke alam ROh... maka bersahut-sahutanlah Roh menyahut seruan baginda...

Ya Allah... Aku mengenangkan adakah ketika itu Roh aku mendengar dan menyahut seruan itu... Alangkah indahnya Ya Allah seandai aku mendapat seruan itu... Aku akan berusaha untuk kesana..... Amin...Amin YA Rabbal Alamin...

Aku juga mendoakan agar puan aku dikurniakan haji yang mambrur.... semoga apa yang disampaikan ini telah aku panjangkan kepada pembaca sekalian....


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails