Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

26 October 2009

++Kenangan++

"Terima kasihlah.... Perjalanan program hari ini berjalan dengan lancarnya... VIP pun ckp perjalanan bagus" Kata Nizam kepada aku...

Tiada apa yang bermain difikiran aku.. KEcuali terkenangkan ketika diPUO dahulu... Betapa berbangganya aku kerna dapat mengaplikasikan apa yang telah aku pelajari di PUO dulu...

Teringat lagi.. Ketika mula berjinak-jinak di dalam bidang protokol.. Walau seingat aku aku tidak pernah diletakkan sebagai AJK protokol ketika poli dahulu.. Namun setiap tugas tetap dihadam halus oleh setiap AJK tidak kira di dalam bidang apa pun... Bukan hanya mengetahui bidang tertentu sahaja....

Walaupun aku sedikit kecewa dengan protokol yang ditunjukkan di UTHM ini. Tapi aku dapat belajar sesuatu yang baru.. Bukan apa.. Sebelum aku menjejakkan kaki ke universiti.. Aku sebagai seorang pelajar politeknik memandang tinggi protokol di universiti.. Tapi apa yang aku dapat setiap kali program... Berganda bagusnya ketika di politeknik..

KErna itu yang aku rasa... Terlalu bebas dan tah le xtau nak ckp mcm mana... Semalam aku di takdirkan untuk menjadi MC untuk kali ke-2 di uthm ini... Tapi terasa byk kekurangannya.. Mmg org lain rasa dah cukup bagus.. Tetapi bila kita mmg didedahkan dengan cara yang lebih bagus... Kita mula membandingkan antara dua... Bagi memujuk hati... Biarlah kerana disini segalanya termasuk perjalanan program diuruskan oleh pelajar keseluruhan.. Di sana dahulu kami di pimpin oleh pensyarah..

Mengenangkan aku kepada Encik Marzuki... Dengan misai dan jambangnya.. Setiap kali masuk miting pasti tangan berpeluh... Segala persiapan di buat secukupnya... Bukan apa .. untuk mengelakkan miting 5 minit diluar bilik miting.. Hehehe...

Ahh.. manis sungguh kenangan itu.. Walau ketika itu terlalu perit kerana terpaksa bersengkang mata... Dah ruper panda dah ... HEhehe...

Ingat lagi ketika aku membuat backdrop... hahahaha.. waktu membuat bentuk masjid.. sampai merajuk2 aku terus balek kuala.. hahahahaha....

Oh manisnya....

p/s.. malas nak masukkan gambar

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails