Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

18 November 2010

~Andaiku bisa memilih~

Assalamualaikum.. Kembali berbicara lagi...

Hari ni aku kuar berjimbal-jimbal ngan Rina dan An.. Dapatlah meluangkan masa yang terluang di Ipoh. Yelah hari ni boleh pulak pergi layan game kat JJ tu.. Hehehe. lawak-lawak .....gambar nanti baru diuploadkan..

Waktu kitaorang diisi dengan melepak di JeyJey.. Hehe.. Yalah dah takde mende nak buat jadi kaki lepak la. Sambil bersembang-sembang.. snap-snap gambar... Sambil memerhati orang yang berlalu lalang..

Tiba-tiba hati aku terdetak. Ramai sekali sebenarnya manusia kat muka bumi ni. Pelbagai rupa bentuk yang ada. Terdapat banyak sangat cara dan perlakuan yang berbeza. Dan jauh disudut hati aku terfikir. Apa yang boleh menjadikan sebab didunia ini 'insan itu' akan memilih aku..?? Sedangkan ramai lagi perempuan kat luar ni. Macam-macam. Yang cantik.. Yang kurang.. Yang tinggi.. Yang rendang.(pendek la tu).. Yang kurus... Yang gemuk... Yang cerah.. Yang gelap... Yang licin kulitnya.. Yang berjerawat... Yang sepet.. Yang mata bulat.. macam-macam lagi la segalanya adalah yang.. yang .. yang....

Kenapa aku mesti meletakkan harapan yang tinggi agar dia memilih aku..?? dia akan rugi ke jika tidak memilih aku..?? tidak sama sekali... tiada ruginya dia kalau dia tidak memilih aku.. ternyata dunia ini terlalu banyak sangat peluang untuk memilih telah diberikan. sama ada pilihan kita itu betul atau tidak itu adalah ketentuan Illahi..  Dan sampai saat ini aku harus sedar yang aku perlu bersedia untuk melepaskan 'insan itu'.

Persediaan mental yang kuat aku harus lakukan. Yelah.. Bila sudah tertulis 'insan itu' milik orang lain kenapa mesti aku hendak menangisi pemergian 'insan itu' jauh dari hati aku. Kenapa aku mesti merintih melihat 'insan itu' adalah milik orang lain dan bukannya milik aku.

Adakah aku ini seorang yang berputus asa sebelum berjuang..?? Ada betulnya dan ada salahnya.. Memang betul aku adalah seorang yang berputus asa. Adakah aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan hati aku didalam hatinya sepertimana aku meletakkan hatinya kedalam hati aku..  Mungkin aku tidak mempergunakan seluruh jiwa dan raga ku untuk menambat hatinya. 

Tapi aku terfikir.. kenapa perlu aku mendambakan seluruh jiwa aku untuk mendapat kasih seketul makhluk itu sedangkan pernahkah aku mendambakan seluruh jiwa aku untuk mengapai redha Illahi..??  Wei... pelisss laaa... Setakat solat pun buat yang asas je.. Yang lain semua cincai.. carca merba ... aku nak meraung-raung sebab nak mendamba kasih seorang makhluk ke..?? Seharusnya tak layak.. Seharusnya aku mempergunakan segala usaha mendamba kasih makhluk itu sebagai usaha untuk mendamba redha Illahi... Meraunglah.. Merintihlah... Terus menangisi atas kesilapan diri.. Mohonlah.. Memujuk rayulah... Mendambalah kasih Illahi itu...

Tetapi aku tetap tidak akan berputus asa untuk mendapatkan hatinya. Memang aku bersedia untuk melepaskan dia.. Tapi tidak mungkin aku dapat melepaskan 100% dirinya.. Mungkin kerana aku terlalu sayangkan dia. Kerana 50% pun aku tak rasa aku dapat lepaskan dia. Tapi kita hanya merancang...Allah yang menentukannya.. Just wait and see... What will happen tomorrow is will happen...

Secara jujurnya aku mahukan dia.. Agaknya dia tahu tak yang aku mahukannya.. Mesti ada yang mengatakan " kenapa tak beritahu terus kepada dia apa yang aku rasa" . Buat masa ini aku masih belum bersedia menerima ia akan jauh dari aku atas kesilapan dan kesalahan aku. Aku hanya bersedia untuk melepaskan dia pergi. tetapi tidak sama sekali bersedia untuk menerima dia jauh dari aku. Biarlah seperti masa-masa sekarang ini.. Walau tak dekat namun dia tidak jauh... 

Kenapa aku mesti menghalang 'insan itu' dari memilih orang lain.. sedangkan aku sendiri membuka peluang kepada orang lain untuk memilih aku.. walaupun sampai kini aku rasa tiada siapa yang pernah memilih aku.. tetapi biarlah kerana itupun ketentuan dari Illahi...

~Nyaman-nyamankan sahaja minda anda.. agar ia bisa tenang dan terhibur selalu~

Mood : positive thinking... membuat persediaan ia akan pergi
Jiwa : I Miss Him Very MUch..Aku gembira bila dia gembira..
Cuaca: Sejuk... isk.. baru pas hujan
Kewangan: Dari poket padil direct dari bank abah..

5 Komen:

eMLyNn said...

ishh.. cepat nau nak memutuskan keputusan.. hahh..
pikio le dulu..
kang dah melepas, haa.. baru gigit jari kaki..
cuba dulu.. kan dia cakap masih ada peluang..
gunakan peluang tu sebaiknye..
hahah..

Hafizah said...

Hoho.. nak buat mcm mana..
memang sekarng pun dah melepas dah pun..
hahahaha

Hafizah said...
This comment has been removed by the author.
eMLyNn said...

mana tau lagi.. ishh..
try try..
never say die..
hahahh~
ayat pembangun jiwa tuh..

Hafizah said...

Ya..Ya,,,Ya...
I will try ..
hoho...
adoyay... bosan memikirkannya..
bila masalah berkait-kait ni..

Related Posts with Thumbnails