Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

22 January 2010

~ Bila Ayam Berkokok Dan Bila Anjing Melolong ~

“Inna fii kholqissamaa wa tiwal ardhi wahtilaa fillaili wannahaari la aayati li ulil albab.” (QS Ali Imran, 3:190)
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.

Subahanallah hanya itu yang terungkap dibibirku ini. Malam-malam yangku lalui terlalu tenang untuk dikabarkan. Berkongsi sedikit pengalaman. Sepanjang aku duduk di Lorong Haji Kosnee Parit Jelutong ini bunyi yang kerapkali aku dengari dan kerap berbunyi adalah bunyi ayam berkokok. 

Dimasa-masa biasa ayam sentiasa berkokok. Malah bersahut-sahutan. Kadang-kadang jam baru menunjukkan jam 12 tghmalam pun ayam riang berkokok. Ada satu malam. 

aku terjaga dari tidur tersangatlah kuat bunyi ayam berkokok sehinggakan aku terjaga dari tido. Indahnya pagi itu. Terima kasih yer ayam. aku dapat merasai penghujung malam yang indah. Betapa aku teruja jugak la.. pukul 5 pagi ayam berkokok bersahut-sahutan... 

Dari kampung sini dan kedengaran sahutan ayam di kampung sebelah. Tapi dalam pukul 5.30pagi kampung kembali sunyi.

Bila aku dengar je ayam berkokok menyebabkan aku teringat kat Yong (mariam jamilah) . Waktu tu aku duduk melepak-lepak kat bilik besar blok B di kamsis PUO. Sambil2 tgh sembang2 tiba ada bunyi ayam. Terus je Yong tadah tangan baca doa. Waktu aku xtau le dgr ayam kokok kena baca doa. 

Aku tanya la.. Yong baca doa apa tu. Yong cakap kan dgr bunyi ayam berkokok. Aku terus gelak n cakap. " Yong , mana ada ayam kat kamsis ni.. bunyi ayam tu bunyi henset Shu" hehehhe.. lawak-lawak.... Sebalik cerita ni bukanlah aku nak kenakan yong tp nak ckp mmg kalau ayam berkokok ada doa dia. Sbb ayam berkokok dia nampak malaikat.

Apabila kamu mendengar ayam jago berkokok (di waktu malam), mintalah anugerah kepada Allah, sesungguhnya ia melihat Malaikat. Tapi apabila engkau mendengar keledai meringkik (di waktu malam), mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan, sesungguhnya ia melihat syaitan.”

Satu kisah pula tentang anjing. Rumah aku kat kuala kangsar ni rumah teres. Ditakdirkan kawasan umah aku ni mmg dekat dgn surau. Keluar je pintu belakang jalan sket le terus jumpa surau. Disebabkan itulah kawasan umah aku semuanya melayu. Nak dijadikan cerita setiap kali azan maghrib dan isyak pasti terdengar hanjen melolong-lolong. Lolongan yang terlalu mendayu-dayu.. 

Aku dengar pun seram giler beb.. bila waktu azan je aku mesti jadi batu. sbb aku takut dgr bunyi hanjen tu.. Mak kata hanjen tu nampak setan terbang-terbang.. aku pun bayanglah setan terbang2 lari naek atas bukit belakang umah di jerat cina..

Sampai di sini saje aku nak cerita... HAbes....

4 Komen:

Aliff said...

Keldai ke anjing? xsilap sy hadith tu anjing yg menyalak. ke mcmane? nti nak cek balik. thanks for share

Aliff said...

betullah keldai. sori.

Aliff said...

betullah. keldai..

Hafizah said...

xpe.. it`s ok.. bagus la.. g mengkaji.. tak terima bulat2x..

Related Posts with Thumbnails