Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

24 February 2010

~ Bapa ~

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”. Riwayat Abu Daud

Waktu dalam kereta nak hantar aku balek. Abah aku bukak la radio malaysia perak. waktu tu time ceramah agama. Ada la sedikit pengisian yang aku dapat. dan sekarang ni aku nak berkongsi dengan semua sementara aku masih ingat isi-isi yang penting.

ceramah tu berkaitan dengan tanggungjawap seorang bapa. Tapi yang aku nak ceritakan disini adalah hanya salah satu sahaja. Iaitu memberi nama yang baik kepada anak-anaknya. Dalam ceramah tu berkata. Nama yang baik amatlah penting kepada anak-anak. Janganlah kita sesuka hati jer memberi nama kepada anak-anak hanya kerana nama itu sedap disebut dan didengari namun bagaimana pula dengan penghayatannya??

~~Noor Hafizah membawa maksud cahaya yang memelihara. Sejauh mana aku dapat memelihara Wallahuallam... ~~

Ada juga riwayat ( aku tak ingat yg mana tolong ingatkan aku !!! ) menyatakan apabila seseorang muslim itu telah selesai menjalani seksaan di akhirat kelak . Muslim yang mempunyai nama-nama yang baik akan dipanggil dahulu. Terutamanya nama yang sama maksudnya dengan nama Allah SWT , Para Nabi , sahabat-sahabatnya dan nama yang mempunyai pengertian yang bagus.

Berkongsi cerita : Tapi aku tak ingat zaman bila ( tolong aku lagi..!! )

Seorang bapa berjumpa dengan seorang sahabat. Bapa itu menyatakan kepada sahabat yang anak lelakinya menderhaka kepada dirinya. Pelbagai cara telah dilakukan namun anak itu tetap menderhaka. Sahabat menyuruh bapa itu membawa anaknya berjumpa dengan beliau.

Keesokkan harinya bapa dan anaknya datang berjumpa dengan sahabat. Sahabat bertanya kepada anak " benarkah kamu telah menderhaka kepada bapa kamu" . Anak itu terus menjawap " Ya" . Sahabat bertanya kembali " Tahukan kamu, berdosa jika anak menderhaka kepada bapanya". Lalu si anak berkata " Sebelum tuan menyatakan saya menderhaka, bolehkah tuan memberitahu apa tanggungjawab bapa kepada anaknya" . Lalu sahabat berkata " memberikan nama yang elok , menyediakan ilmu yang berguna kepada anaknya .... ( ades sampai sini je yg aku ingat .. ades..) "

Selesai sahabat berkata. Si anak mula bersuara . " Saya menderhaka kepada bapa saya kerana bapa saya tidak menjalankan tanggungjawab nya sebagai seorang bapa. Nama yang diberikan kepada saya tidak membawa maksud dan saya telah dikerah berkerja sebagai tukang besi dari saya kecil sehingga kini tanpa menyediakan ilmu pengetahuan kepada saya" Selesai sahabat mendengar kata-kata si anak , sahabat berkata " Bapa, sekarang ini bukan anak yang menderhaka kepada bapa. Tetapi bapa terlebih dahulu telah menderhaka kepada anak bapa."

Simpulnya dari cerita yang aku ingat-ingat lupa itu adalah. Kepada bapa atau bakal bapa nanti nak bagi nama anak xpayah le nak gabung2 nama dengan nama bini tu bagi sedap buat nama anak.. kalo nak gabung pun carilah maksud yang berguna agar anak anak itu menjadi anak yang berguna.


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails