Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

08 March 2010

~ Miskin ~

Kadang kala aku merasakan hidup aku ini terlalu rumit..
Rumitkah hidup aku...??
Pernahkah aku berlapar untuk mencari sesuap nasi..
Pernahkah aku membanting tulang empat kerat untuk meneruskan hidup..
Pernahkah aku mengalirkan air mataku kerana tidak tahan dengan kesusahan...

Alhamdulillah... Sepanjang hidup aku ini.. Aku mendapat rezeki yang bertuah..
Walau menumpang rezeki mak abah namun aku juga terasa kemewahannya sedikit sebanyak...

Kadang-kadang terungkap juga dimulut..
Bercakap-cakap tentang orang lain..
Namun jarang sekali kita sedar rezeki itu adalah masing-masing...
Ada yang bertuah dan ada yang kurang bertuah..

Kaya itu sementara... Miskin itu juga sementara...
Ada yang kaya harta namun.. Miskin akhlaknya...
Ada yang kaya akhlak namun.. Miskin hartanya...
Namun bertuahlah kita juga ditakdirkan salah satunya..
Sangatlah rugi andai...
Kita miskin harta... dan miskin akhlak juga...

Aku tidak menyatakan bahawa...
Miskin itu hina..
Kerna miskin itu juga kurniaan dari ALLAH swt...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails