Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

17 March 2010

~ Perjalanan 17 Mac ~

Assalamualaikum.. wbt..

Dalam perjalanan menuju ke Parit Haji Arif kat Sri Medan untuk menziarah saudara seorang teman yang telah kembali ke rahmatullah.. Pelbagai bentuk dan rupa manusia yang aku jumpa..
Pelbagai perkara juga bermain-main didalam minda aku..

1st situasi

Dalam kereta aku ternampak seorang pakcik yang membawa motor. Dengan berpakaian lusuh. Ku kirakan sudah lanjut usianya. Namun dari penampilannya seperti masih membanting tulang 4 kerat untuk mencari rezeki.

Hiba sebentar didalam hati. Peritnya.. Pakcik itu ditakdirkan untuk menggunakan tulang 4 keratnya untuk mencari rezeki. Sehingga usia begitu pakcik masih memeras keringat untuk menyuap perut2x lapar yang sedang menanti di rumah..

Teringat aku kepada Mak dan Abah aku. Walau aku tahu kerja mereka tidak sama dengan pakcik tu.. Tetapi penat tetap penat.. Lelah tetap dihelakan.. Bagaimana pula aku nanti.. Kudrat atau keringat yang akan aku pertaruhkan kelak.. Wallahuallam....

2nd Situasi

Dalam kereta lagi.. Aku ternampak seorang lelaki yang capik kakinya. Namun masih berjalan dengan penuh keyakinan. Pasti sekilas kita melihat, terlintas di minda. Ehh.. capik kakinya... Nampak pula seorang jejaka yang kurang sempurna rupa dan fizikalnya.. namun ia masih tersenyum bila ada yang menyapa..

Seperti biasa. ada yang terlalu memandang hina kepada mereka.. Cuba bayangkan kita ditakdirkan capik dan mempunyai rupa yang kurang sempurna.. Bolehkah kita hendak meneruskan hidup seperti mereka.. Kita yang dilahirkan sempurna namun kerana sikap dan sifat kita yang sering memandang hina. Penghinaan itu ditujukan kepada kita pula...

3th situasi

Dirumah saudara kenalanku.. Semua tetamu di hidangkan dengan makanan yang ringkas kerana isi rumah masih bersedih diatas pemergian arwah. Selepas makan aku duduk ditepi dinding sambil memerhatikan orang sekeliling makan. Sekali mataku tersinggah kepada dua beradik ini. Adik yang sedang makan disebelah kakaknya. Kalau tidak silap masih bersekolah rendah.

Adiknya tidak menghabiskan makanan didalam pinggannya. Aku lihat kakak yang sudah kenyang dengan makanan sendiri tetap menghabiskan nasi yang tidak berlauk didalam pinggan adiknya. Aku terfikir mungkin ini yang dididik oleh keluarganya dari kecil lagi..

Seingat akulah.. di rumah kalau sudah terlalu kenyang. Baki didalam pinggan pasti dibuang. kerana aku tidak membela ayam mahupun itik. hehehehe.. Terlalu mewah dihidangkan dengan makanan mengikut selera masing-masing. sedangkan ramai yang hanya makan untuk mengisi perut bukan untuk memenuhkan seleranya..

Abes dah situasi... Aku berkata bukanlah untuk menegur sesiapa. jika orang berkata. saya menasihati diri saya dan rakan-rakan tambah-tambah telinga saya yang paling hampir dengan mulut saya maka sayalah yang kena ikut nasihat saya. tetapi bagi saya pula. sayalah yang menaip nasihat ini. Maka saya juga lah orang pertama yang membaca nasihat ini. Makanya. saya menasihati diri saya dan pembaca sekalian..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails