Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

19 April 2010

Cerpen : Part III : Kau Milikku

beYeyy.. Masa untuk sambung cerpen.. Ehh.. tapi Megat ckp ni bukan cerpen ni Novel.. Hehehe.. Bila pendek dia CerPEN… Nanti dah combine baru la panggil NoveL.. Hehehe… Jangan marah Megat…
~~~~~
Sekali-sekala mengerling mataku ke arah jam di dinding. “Ah.. Lama lagi..” Bentak hatiku. Aku sangat berharap jarum jam itu berputar lebih laju. Kalau aku tahu kelas batal semalam lagi aku dah balik. Menggomel-gomel hatiku. Kalaulah.. Kalaulah.. Segala-galanya kalau. Tiba-tiba aku teringat kata-kata Rina. “ Mengapa kita mesti mengatakan kalau kepada perkara yang telah lepas. Umpama kita tidak redha kepada takdir. Sudah tercatat sejak azali lagi apa yang akan berlaku kepada kita”. Beristighfar panjang aku didalam hati. Ya Allah , sesungguhnya aku telah berlaku salah kepadaMu. Segala yang telah ditakdirkan seharusnya telah Kau janjikan dengan ganjaran yang setimpalnya.
~~~~~
Asap tebal dan bunyi bising terlalu menyesakkan nafas aku. Aduh, ini yang aku paling malas. Stesen bas suatu tempat yang paling aku hendak elakkan. Namun apakan daya hanya bas sahajalah kenderaan aku pada masa kini. Tidak mengapa Dila segalanya akan berubah dan dikaulah yang menentukan arah kehidupan kau untuk masa hadapan..
Aku tetap mengagahkan diriku untuk pulang ke kampung halaman kerana sesuatu bakal berlaku…..
~~~~~
Geli hati aku melihat Rina yang kaku di atas pelamin. Kawin juga kawan aku ni sorang. Tersenyum-senyum aku sambil menjeling kearah Rina yang memandang kepada aku seperti meminta aku membawa dia pergi dari pelaminnya sendiri. “Sorry la Rina, aku tak dapat tolong.. Hehehe.. hari ini hari bahagia kau.. takkan nak lari kot..” Gelak hati aku. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Kalau tak di ikut nanti saudara mara bising.. Nasib kaulah Rina. Aku melangkah keluar setelah dihimpit-himpit saudara mara Rina yang ingin bergambar.
Keluar sahaja dari rumah, hati aku mengertu bengang. “Mana pula la kasut aku ni, buruk sangat ke kasut aku sampai orang nak pinjam kasut aku ni.. Tadi ada kat pasu bunga ni” tertunduk-tunduk aku mencari kasut aku.. Tiba-tiba ada suara menerpa di cuping telingaku. “Cari apa tu kak…?” Tanpa mengangkat muka mulut aku mengomel-gomel . “Cari kasut la, takkan cari gaduh pula” suara yang berbunyi terus gelak. Barulah aku angkat muka. Terkejut teramat la sangat suara itu milik Imran. “Garangnya akak ni.. sampai orang lain pun tak dinampaknya.” Kata Imran sambil tergelak-gelak kecil.
Rupa-rupanya suami Rina adalah sepupu kepada Imran. Kecil rupanya dunia ini. Dalam hati aku masih tidak percaya kelakar rupanya Imran. Mungkin aku masih tidak mengenali Imran kerana sangat kurang kami bersua muka. Nampaknya akulah orang yang akan menghitung hari-hari yang mendatang. Hehehe.
~~~~~
Dunia yang berputar-putar sebentar tadi kini kurasakan kembali tenang. Alunan bacaan Al-Quran sedikit sebanyak menenangkan diri aku. Dalam pasrah dan redha hati aku tetap merintih. Singkatnya kenangan yang dipinjamkan kepada aku bersama-sama Imran. Namun banyak yang telah aku pelajari darinya. Ya Allah.. Hati ini masih merintih atas pemergiannya.. Ya Allah tabahkan hati ini Ya Allah.. telah ditakdirkan aku diduga begini.. Namun hati yang menangis tetap menangis. Biar sudah kering airmata namun kenangan bersama dia tetap segar diingatan…
Sambung lagi… …

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails