Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

19 April 2010

~Exam..?? Mood..??? Hurm Entahla...~


Nampaknya aku mula terasa bahang peperiksaan akhir... Yele sebab aku dah menyelak sehelai daripada buku aku sepanjang hari ini..

Kenapa aku sangat tidak bersemangat untuk menduduki peperiksaan akhir yang bakal terakhir bagi menjayakan program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian ini..

Tiada apa yang aku rasa.. namun bila duduk bersendirian barulah aku sedar.. aku kurang sesuatu.. Sepanjang 2tahun setengah yang lalu.. Mood peperiksaan akhir aku dihiasi oleh kata-kata seorang teman yang aku sayang.. Dari semester pertama aku menduduki peperiksaan sehinggalah semester lepas.. Biar orang lain tak tahu.. tapi aku tahu...Namun semester ini tiada lagi..

Huh... *Menghela nafas panjang*

Semestinya aku terasa kurang.. bagaimana mahu melupakan.. setiap hari mahupun setiap waktu.. pasti ada khabaran darinya.. tapi kini sudah tiada..

Memang aku dah melupakan kenangan tu.. Tapi adakala kenangan itu akan datang sendiri.. Kepala otak aku bukanlah harddisk yang boleh didelete dan tulis data secara sesuka hati...

Aku selalu membayangkan otak kita mempunyai banyak laci-laci.. dilaci itulah tersimpannya segala peristiwa dan ingatan.. Ada laci yang baru.. ada yang lama.. Yang lama mungkin kenangan atau peristiwa yang berlaku lama dahulu... Ada juga yang berkunci.. dan gugusan kunci disangkut berhampiran..

Mungkin laci yang mengandungi ingatan aku kepada dia tiba-tiba terbuka.. Manalah tahukan.. Kerana tiba-tiba sahaja segalanya bermain di ingatan aku..

Takpelah.. Segala yang dah berlalu biarkan berlalu... Nak kenang-kenangkan je lah.. tak rugi apa-apa pun.. Xnak kenang pun takpe.. Hehehe..

Orait.. Good Luck for myself... always pray for success .....

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails