Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

16 April 2010

~Saat dan ketika itu~

Assalamualaikum WBT...

Hari ini aku ingin membicarakan suatu perkara yang disebuat KEMATIAN
Tapi tu la kan... Kalo posting ke apa ke dalam tenet pasal kematian kalo tiba2 ditakdirkan aku tiada mesti orang cakap ini petanda aku.. Hehehe.. Ajal dan maut di tangan ALLAH SWT...

*Ditemani lagu WaliBand Tobat Maksiat jari2 terus menari2 *

Hari ini ketika aku bersenang lenang di atas katil ku. Tiba2 sesuatu menerjah kedalam fikiran aku...
Aku berbaring di katil single double decker dan aku tinggal sorang je dalam bilik..
Tiba2 aku terbayang mcm ni keadaan aku dikubur kelak... Cukup2 je untuk aku sorang..

Dan aku membayangkan ketika itu... Ketika itu hanya aku seorang.. Tiada siapa2x...
Dimana emak aku... di mana abah aku.. di mana adik beradik aku...
Adakah sedang menangisi pemergian aku... 
Owh siapa yang lagi sedih.. yang meninggalkan atau yang ditinggalkan...

Ternyata yang hidup meneruskan kehidupan..
Dan yang mati... permula bagi segala-galanya..

Di saat kita ditinggalkan keseorang pun kita dah rasa sesak di dada..
Kita juga pasti terasa asing bila berada disuatu tempat yang baru..
Namun selagi kita di dunia ini.. Keseorangan itu seolah-olah tiada ertinya..

Keseorangan atau sendirian di kubur kelaklah lebih menyesakkan dada..

Kita sering kali takut nak exam... takut nak jumpa orang berpangkat besar...
Takut lah kepada sesiapa ke...

Pernah tak rasa takut nak meninggalkan dunia..
Aku sangat takut...
Bagaimana rasanya....
Bagaimana perjalanan nanti..
Ada penunjuk arah ke nanti...
Sesat ke nanti..
Aku sorang tu nanti..
Huk..huk.. huk..
Menangis dan merintih hati....

Aku sangat tak suka dengan perkataan 
~BILA SEMUA INI AKAN BERAKHIR~
Bagi aku segalanya akan tamat apabila kita mati..
Namun yang tamat adalah kehidupan..
masih ada perhitungan kelak..
Dunia hanyalah persinggahan...
Sebentar ..Sementara... Sekejap...

Kedamaian , kemenangan dan keindahan hanyalah di akhirat kelak..
Seandainya dikurniakan syurga buat diriku...

*Tuhanku.. aku tidak layak ke syurgaMu... Namun tidak sanggup ke nerakaMu...Ampunkanlah dosa-dosaku... Dosa ibubapaku dan seluruh umat Islam di dunia ini ... Amin.. *

2 Komen:

Fira Ya Hilwa said...

huhu...ble ko bk cte psl ni, tringat entry aku kt blog fs dlu..hmpir sme je http://mulan86-eross.blog.friendster.com/?cat=614389&paged=8

Hafizah said...

hampir sama.... tapi xserupa.. namun.. maksud tidak berbeza..
hehe

ayat ko mantap lg.. hehe

Related Posts with Thumbnails