Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

16 May 2011

~Selamat Hari Guru... Terima Kasih Cikgu~

Selamat Hari Guru....

Harap aku tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru.. Kepada semua pendidik yang telah mendidik daku sepanjang hidup aku...

Pelbagai kisah suka dan duka yang dilalui bersama-sama dengan insan yang bergelar seorang guru...

Namun secara nyatanya perkara duka lebih lama dipendam berbanding perkara suka...

~First Story~

Aku masih ingat ketika sekolah rendah dulu. Ada seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris dan merangkap guru kelas aku... *sorry kepada kawan-kawan yang mengenali guru tersebut.. aku hanya menyatakan yang terbuku di dalam hati aku sahaja*

Aku bukanlah tergolong didalam golongan yang mendapat perhatian guru.. kerana prestasiku bukanlah segempak rakan kelas yang lain.. Tapi hati kecil aku sering kali terasa dengan perlakuan guruku.. sehingga kini aku masih terasa..  Aku sendiri tak paham kenapa guruku berbuat begitu.. Apa salah aku ketika itu...

Okeh.. Apa laa sangat dengan Susu Bantuan Sekolah dan Rancangan Makanan Tambahan itu.. Aku tahu yang itu untuk yang betul-betul layak je dapat terima.. Tapi ada seorang rakan kelas yang sering memontengkan dirinya.. Jadi guru selalu membuat rotate di dalam kelas... Opkos la hati gembira bila tiba turn aku dan hari itu rakan itu pun tak hadir.. Aku tertunggu-tunggu ketika tiba waktu rehat untuk nama di panggil untuk keluar awal pergi ambil RMT tu... Sekali guru itu dengan slumbernya cakap... 

"Hafizah , awak tak payah ambil makanan RMT tu... bagi orang sebelah awak tu...."

Urk... Kecilnya hati sehingga kini rasanya... Memang aku tak nak makanan RMT tu.. Tapi biasalah kanak-kanak... Akan gembira bila menerima sesuatu walaupun tak seberapa... Waaa... Aku kecil hati sampai sekarang.. Waaaaa...

~Second Story~

Cerita ketika di sekolah menengah... Yups.. sekolah menengah.. biar aku bagitahu.. biar semua tahu apa perasaan aku ketika menjadi pelajar ketika itu... Biasalah ada guru yang mempunyai sifat pilih kasih.. Tapi pilih kasihnya memang meruntun jiwa aku... Kenapa aku sering tak dapat perhatian dari guru.. 

Aku seolah-olah tiada didalam kelas.. Guru tak pernah melihat pada aku... paling terasa adalah ketika.. Ada seorang teman ini result ujian dia kurang memberangsangkan.. Okeh.. Aku sebagai seorang teman pasti aku duduk sekali *yelah dah result pun sama cam gitu* . Temanku pergi berjumpa dengan guru itu bersama-sama aku.. tapi apa yang aku dapat.. Aku disuruh pergi...Guru itu hanya mahu berbicara dengan temanku sahaja... 

Sedih bila hak aku sebagai seorang pelajar dinafikan....

~Third Story~

Walau banyak pahitnya ketika menuntut ilmu.. Namun bagi ku itu adalah kenangan.. Dan kenangan itu adalah untuk dikenang.. Bukan untuk dibuang... Dan jika tidak berlaku perkara-perkara sebegini.. Diri aku pasti akan terus leka... TERIMA KASIH CIKGU.... kerana hasil usaha cikgu yang banyak membantu aku berfikir apa itu kehidupan.. TERIMA KASIH lagi sekali CIKGU.....

Kenapa aku berbicara emosi ketika ini.. Ini adalah kerana... Aku adalah bakal seorang PENDIDIK... aku perlu berusaha untuk tidak beremosi ketika mendidik... Mendidik adalah satu kerjaya yang paling mulia.. namun kerjaya ini dipandang tidak mencabar bagi segelintir golongan.. Yelah.. kerjaya guru amat sukar untuk diukur... 

Bila pelajar itu berjaya... Kejayaannya diukur dari hasil usaha seorang pelajar.. dan usaha guru yang mendidik dan membimbingnya telah dinafikan... Sedangkan... Guru bertanggungjawab untuk memacu arah pembelajaran pelajar...

Tidak mengapa guru-guru sekalian.. Moga kalian tabah mendidik anak bangsa agar mereka menjadi insan yang terdidik dan seimbang dari segi emosi, jasmani , rohani , intelek dan sosial... Moga didikan kalian seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam...

Good Luck guru-guru dan bakal guru-guru...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails