Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

28 April 2010

~Titipan buat sahabatku~

Salam... dan moga berbahagia sentiasa..
Hari ini mungkin aku mahu menulis tentang hari ini dalam kenangan..

Waktu aku membelek-belek Facebook.. Sekali aku terbaca posting daripada seorang sahabat yang aku terlalu rindu pada dirinya.. Dan sudah terlalu lama rasanya tidak bersua dengan dia.. Moga hidupnya didalam lingkungan rahmat ILLAHI...

Dia menulis yang esok adalah tahun 3 pemergian ayahanda dia..

Tiba-tiba minda aku ligat berputar.. Ya .. aku masih ingat lagi hari itu..
Minggu itu.. Kami beramai-ramai ada rehlah di Guar Manong..
Ramai adik-adik yang kami bawa untuk sama-sama beramah mesra..
Dan kami senior pula menghandle program itu..

Aku ingat lagi.. Aku tidak bersama-sama sahabat yang lain menaiki bas untuk ke tempat rehlah..
Kerana ditakdirkan aku perlu menghandle barang-barang makanan.. So aku naik van kalau aku silap la..
Aku naik van dengan periuk.. kuali .. tong gas... Ehh.. salah... Orang eh... Hehehe.. Ana.. Yong(ada ehh) ... Nazim dan Sepol... tak lupa aku naik van sepol ... yang.. hurm.. bule arr nak jalan... selagi bule jalan.. bule la guna.. janji dia boleh berkhidmat.. hehehe..

Seingat aku.. Program itu adalah program 3 hari ... Kalau tak tercampuk aduk kenangan aku.. Ada satu malam kitaorg kena tido kat dewan.. sebab hujan mungkin.. Tapi .. Ya Allah.. Nyamuk.. Tersangat la banyak.. Aku siap tido pakai telekong lagi.. Hehehe... Tapi kenangan itu tetap best dan gembira..

Teringat juga dimana aku bersama-sama Nyah(azhani) n Kak Solehah pergi ke wad kecemasan di Hospital Kuala Kangsar kerana ada seorang adik muslimat ini luka kakinya.. Sangatlah takut waktu.... Naik kereta Nyah... Malam.. Kalau nak tahu Guar manong terletak jauh juga kedalam.. Kena tempuh padang ragut yang luas.. Bila malam sgt gelap..

Berbalik kepada cerita asal.. Waktu pulang.. aku masih tidak dapat menyertai sahabat-sahabatku diatas bas tu sebab kalo gambar rehlah tu mesti gambar aku takde la.. aku masih pulang menaiki van.. Sebelum pulang sempat juga kami singgah ke rumah aku. Untuk menghantar barang-barang yang aku pinjam. Hehehe...

Waktu dalam perjalanan pulang.. Kami singgah di masjid dekat Salak. Waktu bertolak lepas itu tiba-tiba sahabat aku ini msg aku.. "Fiza.. Abah kita penat.. Doakan yer.." Terkejut juga aku.. Sebelum bertolak baru je aku melihat dia terlalu gembira *dia ni mmg over gembira punya budak* .. Didalam van aku terus berdiam diri.. Sambil mendoakan kesejahteraan arwah abah dia. Namun sudah ketentuan.. Dalam beberapa minit. Tiba-tiba sorang lagi sahabat aku msg aku.. "Fizah tau tak abah Aishah meninggal".. Semestinya aku sangat terkejut.. sebab baru je dia bagi msg yang abah dia penat... Aku terus mengkhabarkan kepada Ana.. 

Namun mungkin dijadikan ujian juga kepada diri sahabatku.. Bas yang membawa mereka pulang rupa-rupanya melencong arah kearah UTP untuk mengambil pelajar-pelajar yang ada disana. Maka sahabat aku ini terkandas di manjung.. menumpang kakaknya pulang ke rumah...

Setiba kami di kamsis.. Terus kami bertanya kepada sesiapa yang hendak pergi menziarah. Nasib baik Kak Liza(waktu tu kak liza felo kamsis) ada . Jadi kami menumpang pergi ke rumah dia.. Kami pergi pun dah malam. Namun jenazah masih dipembaringan. Sempat kami mensedekahkan surah yasin kepada jenazah. Dan sempat juga kami menatap wajahnya buat kali terakhir.

Aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata.. Aku hanya dapat memeluk sahabatku tanpa kata.. Memang benar tiada kata yang dapat diungkapkan.. Mungkin hanya cara sahaja yang dapat untuk aku gambarkan... 

Mungkin kenangan ini pernah luput didalam ingatan aku. Namun ia tersimpan rapi didalam jagaan mindaku.. Amat mudah untuk dinyatakan kembali...

Buat Sahabatku Aishah.. Moga dikau gembira dan bahagia.. Ketahuilah betapa aku rindu dirimu....



Buat Yinnah juga... daku rindukan dikau..

Masih tersimpan rapi lagi frame gamba kita bertiga.. Bilakah dapat bertemu kembali....

2 Komen:

Unknown said...

fiza...trm ksh ats coretan hg..mmg kisahnya xdpt ilang dr ingatan..stp detik yg trjd mmg dlm ingatn dgn jelas..fiza, bkn kita brtiga kene naik kete kancil k.....wktu balik baru hg naik van kn...

Unknown said...

Yeke.. Aiseh.. salah jalan cerita ke..?? hehehe.. mungkin waktu pergi xhengat kot.. hehehehe

Related Posts with Thumbnails