Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

29 May 2010

~Be a VICTOR not a VICTIM~

Salam.. lama sudah tidak berbicara didalam blog ini..

Topik hari ini aku perolehi ketika aku sedang bosan2 kat TM hehe.. ada satu majalah tu aku baca.. hehehe..

~Topik hari ini adalah....~

Be a VICTOR not a VICTIM

Hehehe.. topik ini sangat menarik perhatian aku.. Maksud topik hari ini adalah.. Menjadi JUARA bukan menjadi MANGSA...

Dalam menguruskan hal-hal seharian. Pelbagai masalah dan rintangan perlu dihadapi. Antara diri kita direct dengan masalah. Mahupun.. Masalah yang secara tidak langsung perlu dihadapi oleh kita tanpa kita sedari ataupun kehendaki.. Untuk menjadi mangsa mungkin terlalu senang. Sama ada terpedaya atau kita sendiri yang membawa diri kita ke kancah kemangsaan ( hahaha ayat lawak). 

Namun contoh yang hendak aku berikan adalah berkaitan tentang bagaimana kita sendiri yang mencari nahas untuk menjadikan kita mangsa secara terang dan bakal ditelan hidup-hidup.. Lihat kembali diri kita ketika kita menyempurnakan sesuatu kerja. Kita mendedahkan diri untuk menjadi mangsa apabila... bila kita membuat sesuatu kerja dan tidak dapat disempurnakan kita menyalahkan orang lain. Menunding jari kepada semua arah sedangkan kita tidak melihat kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri.. Kita juga sering mencari alasan yang pelbagai untuk menutup kesalahan diri sendiri. Alasan demi alasan terus kita taburkan untuk menutup kelemahan diri sendiri.. Janganlah menjadi umpama menutup bangkai gajah. Bangkai tidak kelihatan namun baunya.. Ya Rabbi.. Tuhan Sahaja Yang tahu.. Kita juga seringkali tidak dapat menerima hakikat sebenar kehidupan.. Seperti kita telah melakukkan kesalahan namun kita tidak dapat menerima yang kitalah penyebab kesalahan itu.. dan kita masih terus menunding jari ke pelbagai sudut...


Itu mungkinlah serba sedikit perkara yang aku dapat kupaskan.. Bagaimana pula untuk menjadi JUARA.. Setiap insan sememangnya telah dilahirkan untuk menjadi juara. Andai kegagalan yang sering dihadapi. Mungkin kejayaan sebagai seorang juara itu masih tertangguh dan akan tiba suatu hari nanti berkat usaha dan doa.. InsyaAllah...

Untuk menjadi juara. Setiap perkara yang hendak diselesaikan bermula dengan langkah permulaan. Mengapa mesti kita mengorak langkah longlai sedangkan ramai pesaing-pesaing kita telah lama melompat atau memecut laju mencapai kejayaan. Dalam mengorak langkah untuk mencapai kejayaan pasti diri kita akan dibebani oleh tanggungjawab yang sangat besar. Mengapa tidak.. kita bertanggungjawab sepenuhnya bagi setiap masalah bagi tugas kita. Namun jangan mencari pasal.. Jangan bersenang lenang untuk memikul tanggungjawab yang bukan milik kita. Hehehe... Untuk memastikan tanggung jawab yang dipikul tidak dikhianati atau dicalari. pastikan setiap kerja yang dibuat adalah betul dan tepat serta dapat dilaksanakan sehingga selesai. Jadikan untuk diri kita. Kejayaan yang tertinggi adalah apabila kerja yang dipertanggungjawabkan keatas diri kita dapat diselesaikan dengan jayanya.


Untuk memastikan diri kita berjaya. Kita haruslah menetapkan sasaran dan menilai prestasri kita dari satu suku tahun ke satu suku tahun (quarter to quarter). cara ini dapat memantau di mana tahap kita. Seandainya setahun sekali baru kita bermuhasabah tahap potensi kita mungkin banyak perkara yang telah terlambat boleh dibetulkan.

Okeh sehingga disini sesi bicara ala-ala cikgu kaunseling ni.. hehehe.. moga-moga apa yang dinyatakan dapat memberi sedikit ilmu kepada diri aku yang menaip dan berfikir ini.. Serta kepada semua pembaca-pembaca blog ini..


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails