Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

15 July 2010

~Bila bulan itu hilang serinya~



Kehidupan yang kita lalui telah dicorak dengan warna-warnanya sendiri.
ternyata ada yang bermewah, ada yang bersenang lenang dan ada yang bersusah payah dalam mengharungi kehidupan yang telah ditentukan Illahi..
Namun perlu ingat bongkak dan takbur sering mendesak diri kita untuk bermegah-megah.
Megapa...

Renung-renungkanlah kata-kata ini..

Didinihari yang gelap kunang-kunang bermegah-megahan menerangi kegelapan malam. Berterbangan bongkak menanyangkan dirinya yang bercahaya. Namun kegembiraan itu bukan lah sepanjangnya. Berkerdipan bintang bertaburan di hamparan langit yang luas. Ternyata berlalu lemah dan malu si kunang-kunang kerana si bintang lebih menerangi malam dari dirinya.

Melihat si kunang-kunang berlalu sedih dan pilu. Bintang-bintang ternyata lebih bongkak daripada si kunang-kunang. " Aku cantik.. aku bersinar.. aku dan rakan-rakanku bertaburan indah di angkasa raya" . Yang jauh bercahaya.. yang dekat tampak berseri. Namun nasib si bintang sama seperti si kunang-kunang. Dalam megah si bintang berkedipan ternampak bercahaya dan berseri cahaya sang bulan. Ternyata benarlah kata-kata bintang memagari bulan.

Sang bulan juga ternyata merasa dirinya hebat. " Hahaha.. Aku hebat... Akulah penyinar dimalam hari.. Kegelapan ini akulah yang meneranginya..." Ternyata aku adalah pendamping yang paling hebat. Sifat sang bulan terus merendah-rendahkan martabat si kunang-kunang.. dan si bintang hanya mampu memerhati kecantikan dan keindahan sang bulan dari jauh.

Sedang asyik sang bulan bermegah-megah. Sejalur cahaya di ufuk timur kian menyinari kegelapan.. Setiap pelusuk seolah-olah terbuai indah dek mimpi yang dikarang sang bulan mula membuka mata kerana kecerahan dan kepanasan yang datang. Sang mentari kelihatn segar menunjukkan dirinya.. Sang bulan umpama dibakar-bakar dan ditiup kasar oleh sang mentari..

Namun mentari perlu ingat dimana Maha Pencipta yang menentukan segalanya.. Sang mentari perlu menghormati yang lain kerana inilah yang dinamakan putaran kehidupan...

p/s: Tulisan daripada Hafizah Rahim diolah daripada pembacaan penulis di surau TM Kuala Kangsar...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails