Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

15 July 2010

~Bila anak benih itu dipatuk ayam~


Untuk berjaya kita perlulah berusaha...
Apa gunanya peluang tanpa usaha..
Peluang yang luas dan cerah telah disediakan namun kita tidak berusaha..
apa yang akan terjadi kepada kita..
Berjayakah kita...
Adakah 'berjaya' itu boleh di'order' seperti kita meng'order' kopi..

Mamak.... bagi kejayaan satu cawan..
tak boleh.. tak boleh...

Maka.. mari mendengar cerita.. dengar yer cu.. nenek bercerita..

Pada suatu ketika, ada 2 anak benih pokok terjatuh di suatu tanah yang subur... Lalu anak benih yang pertama berkata." Aku mahu melepaskan diri dari kepompong yang membalut diri aku.. akanku jalarkan akar ku ke tanah agar kukuh mencengkam bumi.. akan ku gemburkan tanah di atas ku... supaya boleh ku kibarkan pucuk muda ku.. moga-moga menjadi pokok yang gagah teguh berdiri dimuka bumi.. " . Ternyata anak benih pertama tidak membuat omong-omong kosong. Anak benih mula bercambah. Akarnya di jalarkan kedalam  dalam untuk mendapatkan sumber air.. Pucuknya mula menolak-nolak tanah. Segar dan indah sekali bila keluar dari kepompong ini. Anak benih terus bercambah.. dan bercambah.. ternyata anak benih telah bertukar menjadi pokok yang gagah..

Namun apa yang terjadi kepada anak benih kedua.. Anak benih kedua berasa takut dan cemas.. Detik hati anak benih kedua." bagaimana kalau aku menjalarkan akarku datang cacing lalu memakan akarku... bagai mana pula kalau aku mengeluarkan pucuk muda ku ini tiba-tiba cuaca panas membuat aku mati, bagaimana pula jika aku mula tumbuh.. datang orang meracun kerana menyangkakan aku adalah rumput. bagaimana pula jika aku membesar gagah. datangnya pembalak menebang pokokku.. bagaimana pula jika aku berbunga indah. datang kanak-kanak yang nakal memetik bunga ku.." Segalanya bermain cemas dan takut didalam minda anak benih kedua. Maka anak benih kedua membuat keputusan untuk menunggu dan terus menunggu sehingga masa yang sesuai..

Tetapi nasib yang malang tetap mengejar2x anak benih kedua.. Tanpa di sangka.. datangnya seekor ayam. menguis-nguis ditempat anak benih menyepi. Tiba-tiba ayam terus mematuk dan memakan anak benih kedua kerana terlalu lapar...

Begitulah, bila usaha telah dibentangkan. mengapa mesti tidak kita gunakan peluang itu untuk mengubah nasib kita.. Walau segalanya telah ditakdirkan. Namun usaha itu tetap dituntut....

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails